• Saham

    Dan Zanger – bermula dengan $11,000 ke $18 juta dalam kurang 2 tahun

    Tahun 1998, Dan Zanger menggunakan sepenuhnya peluang ketika berlaku super bull run saham NASDAQ. Saham di NASDAQ adalah berasaskan teknologi dan ia adalah bursa saham yang kedua terbesar di dunia. Beliau mengambil peluang yang terhidang dan berjaya mendapat pulangan yang hebat. Dan Zanger terkenal dalam dunia pelaburan saham apabila beliau mendedahkan kejayaannya bermula dengan $11,000 menjadi $18 juta dalam tempoh 23 bulan sahaja. Tempoh 1998-1999 berlakunya kenaikan dalam pasaran saham khususnya sektor yang melibatkan teknologi. Ia dikenali sebagai super bull run. Apakah formula yang digunakan? SUCCESS = PREPARATION + OPPORTUNITY¬† (KEJAYAAN = PERSEDIAAN + PELUANG) Sentiasa bersedia dengan maklumat dan analisa saham yang bagus. Apabila tiba masanya, beliau menggunakan peluang…

  • Saham

    Senarai saham baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah Mei 2018

    Bagi tempoh kajian Mei 2018, Penasihat Syariah SC mengumumkan sebanyak 17 syarikat diklasifikasikan sebagai patuh syariah termasuk Digi.com. Digi sebelum ini pernah dikeluarkan, namun status patuh syariah diberikan semula selepas penyusunan struktur hutang kepada sukuk pada tahun 2017. Berikut adalah senarai yang dikeluarkan SC termasuk 7 syarikat yang dikeluarkan daripada klasifikasi patuh syariah. Sehingga kini 693 saham syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Jumlah ini merangkumi 77% daripada keseluruhan saham yang didagangkan. Lampiran ini sumber daripada Suruhanjaya Sekuriti. Senarai saham patuh syariah dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November. Please follow and like us:

  • Saham

    Dialog, Hartalega dan MAHB: Senarai syarikat baru yang akan dimasukkan ke index FBM KLCI

    Senarai 30 syarikat dalam index FBM KLCI dikaji semula pada 31 Mei 2018. Proses ini dibuat dua kali setahun bagi menentukan 30 syarikat yang mempunyai pemodalan pasaran (market capitalization) yang tertinggi dan mewakili pencapaian pasaran saham di Malaysia. Bagi tempoh ini, Dialog, Hartalega dan Malaysia Airport Berhad akan dimasukkan ke dalam senarai FBM KLCI. AMMB, ASTRO dan YTL pula akan dikeluarkan. Dialog – RM3.30 (RM18.5 billion) Syarikat terlibat dalam industri minyak dan gas. Mempunyai pencapaian keuntungan yang meningkat setiap suku tahun bermula sejak 2016. Hartalega – RM6.25 (RM20.8 billion) Syarikat pengeluar sarung tangan getah asli dan mempunyai pasaran secara global mencatatkan keuntungan yang meningkat setiap suku tahun sejak 2016. Malaysia…

  • Saham

    Prinsip pelaburan utama Koon Yew Yin

    Koon Yew Yin, pelabur yang terkenal di Malaysia dan menjadi pemegang saham utama beberapa syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Beliau berkongsi prinsip pelaburan yang sering digunakan dalam memilih saham yang bagus. Sehingga kini nilai hartanya melebihi RM200 juta. Beliau bermula dengan modal RM200 ribu pada tahun 1983. Berikut adalah nota perkongsian beliau semasa dijemput oleh RHB Investment Bank Ipoh pada 3 Jun 2018. Pengenalan: Cara paling mudah untuk buat duit adalah apabila anda tahu caranya. Jangan risau tentang semua halangan dalam menjalankan bisnes, alir tunai dan lain-lain. Keuntungan tidak dikenakan cukai. Cara paling pantas untuk rugi adalah jika anda tidak tahu melabur. Lebih ramai orang yang rugi berbanding mereka…

  • Saham

    5 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Pelaburan Saham Sepanjang 2017

    Saya mula melabur dalam saham sejak Mac 2017. Sepanjang tempoh ini saya bertemu dengan guru pelaburan saham Tuan Haji Asri dan Master Yus serta tim mereka. Sepanjang tempoh ini juga saya dapat melihat peluang dan cabaran dalam dunia pelaburan saham. 5 perkara yang saya belajar tentang pelaburan saham: Syarikat yang mempunyai fundamental yang bagus khususnya daripada segi perniagaan, keuntungan syarikat memberi pulangan yang baik daripada segi kenaikan nilai saham dan dividen. Pelaburan saham memerlukan kesabaran. Sikap nak cepat untung boleh membawa kerugian. Sikap nak cepat untung juga menutup peluang untuk menjana keuntungan yang lebih besar. Saham bernilai rendah dan syarikat yang tidak mempunyai asas yang kukuh sering kali menyebabkan pelabur…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial