Umum

Cerita tentang Makanan dan COVID-19

1.
Mungkin dalam tempoh 6 bulan hingga setahun tak digalakkan berhimpun atau berkumpul beramai-ramai. Jika keadaan belum pulih, nampaknya pesta buku tak sesuai diadakan Julai nanti.

2.
Sejak MCO/PKP ini, nak tak nak kenalah masak di rumah. Sebenarnya dah lama juga tak makan makanan pedas. Sekarang, menu pedas kembali seperti asam pedas, ayam masak paprik dan lain-lain. Tak sia-sia beli cili kering. Dah dua kali mengisar cili.

3.
Adik buat kerja di depan, saya buat kerja di dapur. Salah satu habit duduk di dapur ialah buka peti ais. Tau dah memang isinya sama saja, makin berkurang adalah… tapi buka peti ais sebab tak kan nak duduk saja. Sekejap2 kena bangun juga.

4.
Minggu pertama dan kedua MCO, masa tu mood memasak baru je warm up. Nak jimat ya juga. Saya puasa Isnin – Khamis. Minggu ni off puasa. Harapnya minggu depan boleh start puasa lagi. Anggaplah latihan. Tiga minggu lagi nak masuk Ramadan.

5.
Saya ingat skill memasak saya dah tumpul sebab sudah lama dapur tak berasap sebelum MCO. Tapi nampaknya, boleh lagi masak untuk sendiri makan. Alhamdulilah.

6.
Saya suka tengok kawan2 share masakan mereka. Macam hari ini saya tonton FB live Puan Rahmah Saad dan Kak Mimi Salleh. Masak asam pedas Muar. Bukan apa, dapat idea untuk memasak di rumah. Kalau resepi tu bahannya memang ada di rumah, saya masukkan list untuk dicuba. Setakat ini dah buat Sangkaya ala Boat Noodle makan dengan roti putih Gardenia yang dikukus.

Photo by DapurMelodi from Pexels

7.
Semalam pecah rekod berbulan-bulan tak guna lesung batu. Saya tumbuk bawang dengan belacan untuk masak kangkung goreng belacan. Itulah hikmah MCO. Mula gunakan alat dan bahan yang ada di rumah.

8.
Tadi siang saya tonton video di FB dan terbaca status kawan saya. Katanya dia telefon kawan2 untuk bertanya khabar. Eh, terus terlintas di hati saya. Dia telefon saya ke? Memang ya. Ada miscall. Saya hubungi dia. Begitulah cara nak kekal berinteraksi semasa MCO ini. Walaupun tak dapat jumpa, dapat bersembang di telefon pun okey.

9.
Dah lebih dua minggu tak makan ayam goreng KFC dan MCD. Hari terakhir sebelum PKP, kami beli KFC untuk berbuka puasa. Ada juga lah teringin nak makan fast food. KFC dan MCD pun tak jauh, within 10km radius. Tapi mengenangkan #stayathome dan nak mengurangkan keluar rumah, kita makan sahajalah apa yang ada. Bersyukur dengan rezeki di atas meja. Krisis COVID-19 ingatkan kita untuk selalu bersyukur.

10.
Kenapa semua status saya pasal makanan? Entahlah… tu yang sedang bermain di fikiran saya. Masa krisis ini, orang tak fikir hal lain yang tak penting seperti handbag atau tudung. Ibu bapa nak pastikan ada makanan untuk anak-anak. Walau macam mana susah pun, tak sampai hati nak biarkan anak-anak kelaparan. Orang fikir macam mana nak survive setiap hari.

11.
Roti cap Gardenia dah jadi jenama household. Saya tak ingat sejak bila kami mula makan roti Gardenia. Masa kecil, bapa selalu beli roti di kedai runcit. Apa entah jenamanya. Saya pun tak ingat. Dia beli roti putih saiz panjang macam Gardenia Bonanza tu. Kami sapu marjerin dan tabur gula sikit. Lepas tu bakar atas tudung periuk. Zaman tu mana ada pembakar roti. Itulah makan petang atau sarapan pagi. Kadang-kadang.

12.
Ada dua kuih tradisional yang saya teringin nak buat:
1. Karipap
2. Kuih bakar
Resepi karipap jadi topik hangat dalam grup wasap sekolah. Me, being silent reader tapi terliur la juga dengan hasil yang mereka mereka tayang. Tadi Noor Hayati Yasmin pun tayang karipap yang maknya buatkan.
Kuih bakar pula ditayang oleh Wani. Resepi sudah dapat. Tinggal nak membuatnya saja. Maybe one of this MCO days. Tunggu.

13.
Inti karipap yang paling senang dan selalu dibuat. Mak saya buat. Kentang potong dadu, letak serbuk kari. Lepas tu pecahkan telur. Selalu buat macam ni sebab tiada daging hancur. Sedap. Kadang-kadang saya tolong kelim karipap. Kalau malas guna pencetak karipap. Ada lagi ke pencetak karipap?
Nampaknya saya kena test skill mengelim karipap.

14.
Nak buat kuih tradisional bukanlah senang. Rumit juga kerjanya. Tapi saya teringat dulu mak saya rajin juga buat kuih sendiri seperti karipap, donut, apam, bingka ubi, lepat pisang, lepat labu.
Oh ya, saya ada labu dalam peti ais. Cuma nak buat lepat labu kena ada kelapa parut. Baik saya lupakan hasrat tu sementara waktu.
Saya rasa, ibu-ibu zaman moden bukanlah malas atau tidak pandai membuat kuih tradisional. Nah, sekarang buktinya. Ramai ibu yang mula explore bakat memasak masing-masing. Bagus kan.

15.
Kenapa lepas tulis macam-macam pasal makanan, saya teringin megi pulak? Ini bukan makanan berkhasiat. Tapi tetaplah mi segera itu sejenis makanan. Bayangkan orang yang susah, dapat makan mi segera juga boleh mengenyangkan. Sedangkan kita ke luar negara pun bawa mi segera. Mi segera tak bersalah. Satu inovasi makanan yang bijak. Rendam 2 minit, dapat semangkuk mi buat mengalas perut.

16.
Megi versi masak di rumah. Antara megi perisa ayam dengan megi perisa kari, saya pilih megi perisa ayam. Saya tambah sawi pak choy, telur dan cili api. Jika terasa nak makan mi segera ala ramen Korea, saya tambah kimchi. Kalau ada stok di rumah.
Ya, minggu ini saya dapat buat sebekas kimchi. Tidaklah susah membuatnya. Cuma renyah sikit. Rasanya pun dah disesuaikan ikut selera sendiri. Tidak masam sangat macam kimchi Korea.
Nak lagi extravaganza, tambahlah tauhu lembut dan cendawan. Ini dah melebih-lebih. Memang pun. Saya masak mi segera macam ini kalau nak makan 2-3 orang barulah berbaloi.

17.
Sehari sebelum PKP, saya beli sepapan telur. 30 biji. Yang tinggal saiz B. Boleh jugalah. Sehingga hari ini dah tinggal 9 biji. Banyak juga makan telur.
Telur ni bahan protein yang mudah dan boleh dimasak macam2 cara. Ada peristiwa lucu yang Kak Mimi Salleh kongsi. Sepapan telur solar perlu dimakan dan dimasak pelbagai cara. Saya lihat Puan Rahmah masak telur salut bergedil. Sambal telur dan bermacam lagi lauk telur. Semuanya sedap-sedap. Di saat krisis begini, jika dapat simpan telur di rumah pun memadai. Dapat khasiat protein yang murah dan mudah dimasak.

18.
Cerita pasal makanan buat saya lapar.

19.
Makanan boleh buat kita gembira dan sedih sekaligus. Pernah sekali saya menangis depan makanan. Di tempat awam. Entah kenapa, tiba2 saya menangis. Masa itu saya nampak seorang anak suapkan bapanya nasi.
Rezeki depan mata, tapi saya sedih.

20.
Apabila saya ingat balik, ibu bapa kami usaha sediakan makanan di rumah. Jadi, bila masa krisis begini lagilah saya teringatkan mereka. Apa makanan yang mereka suka. Apa makanan yang mereka tak suka. Contohnya, mak saya tak suka makan ikan keli dan kerang. Tapi dia akan masak ikan keli juga sebab ada anak dan cucu yang suka makan.
Saya? Sampai sekarang jangan harap saya nak masak ikan keli. Geli. Kan badan dia licin.

21.
Harga ikan sekarang tak la murah sangat. Kadang-kadang lebih mahal ikut jenis la. Sesekali kalau saya nak makan ikan siakap, di AEON ada jual dengan harga seekor RM11. Pernah juga dapat RM8. Saya akan minta staf siang sekali. Senang. Tak payah nak merecik dengan sisik segala di rumah. Benda boleh senang, kenapa nak buat susah. Servis pun percuma. Sesekali adik atau anak saudara bawa balik ikan yang mereka pancing. Saya kata, dah pandai memancing, sila siang sekali ya. Saya tak kuasa. Lagilah kalau saiz ikan tu besar. Dah siap siang, nanti saya masak. Itu okey.

22.
Jangan pandang rendah pada ikan talapia. Digoreng kipas jadi hidangan mahal restoran makanan Sunda. Saya pernah dengar orang membuat kolam ikan menternak talapia. Tinggi permintaan agaknya. Saya tak ingat pernah masak ikan talapia ke tak. Rasanya tak pernah.

23.
Ikan talapia tiada dalam peti ais saya. Yang ada ayam dan ikan cencaru. Ikan cencaru aka ikan jaket. Lemah betul nak masak ikan cencaru ini. Inilah sejenis ikan yang adik saya dapat masa memancing. Tapi, saya tak boleh la nak komplen sangat. Inilah rezeki. Nanti saya usahakan menjadi lauk apa. Bakar dan cicah asam pun sedap agaknya.

24.
Jenuh juga nak menulis tentang makanan. Bukanlah susah. Sebab manusia nak hidup kena ada makanan. Sekarang ini konsepnya makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Begitulah Covid-19 mengajar kita.

25.
Bercerita pasal makanan, saya sedar yang sekarang masa yang sukar. Ketika ini, kita hargai makanan yang ringkas dan mengenyangkan. Kita sedar dengan satu atau dua lauk atas meja pun sudah cukup. Yang penting semua ahli keluarga kita dapat makan. Apa salahnya sesekali makan secara ringkas. Masak pun senang, bahan yang digunakan pun mudah dicari.

26.
Masa PKP/MCO ini kita banyak gunakan bahan asas seperti sumber protein dari telur, ayam dan ikan. Kita makan sayur-sayuran yang mudah didapati. Kita bijak membuat perbelanjaan dan rancang pembelian. Kita masak di rumah. Kurang gunakan gula, garam dan perisa tambahan. Masakan pun menggunakan bahan yang ada di rumah. Jadi kreatif dan masak dengan gembira.
Masak pun boleh jadi terapi apabila terperap saja di rumah kan. Jadi, apa salahnya kongsi hasil masakan di media sosial. Macam saya tulis awal tadi, saya suka baca status kawan2 yang memasak. So, be happy during this MCO. Lepas MCO nanti, teruskan amalan memasak dan makan makanan berkhasiat.

p.s: Saya kumpulkan semua status saya di Facebook pada 3 April 2020. Random. Bagus juga. Ramai rakan berikan cadangan bernas seperti masak bingka labu, megi asam laksa dengan ikan pelaling, ikan talapia pekasam dan minta buat tutorial kelim karipap. Nanti saya cuba.

#stayathome #fightcovid19 #dontbecovidiot

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial