Blog

Certot: Pencinta Kuih Tart

Dia berjalan pantas di kaki lima itu. Daripada lorong belakang, dia terhidu aroma yang sangat harum. Dia pasti itu bau kuih tart yang baru sahaja keluar daripada ketuhar.

Tapi dari mana? Dia tak puas hati. Dia mesti mencari puncanya. Dia berjalan lagi. Jalan itu dipenuhi deretan kedai lama. Kedai roti benggali dengan pembakar yang menggunakan kayu api. Kedai tukang jahit yang setia. Pejabat pesuruhjaya sumpah dengan papan tanda yang berusia puluhan tahun. Tidak berganti.

Dia masih belum nampak kedai kuih tart. Sekurang-kurangnya itulah sangkaan dirinya. Mana boleh seorang pencinta kuih tart tidak dapat mengesan aroma kuih yang dibakar dengan inti jem nanas yang enak itu?

Akhirnya dia sampai di depan sebuah kedai. Pintunya berwarna hijau. Gril besi sudah dibuka. Dia pasti inilah tempatnya. Dia melangkah masuk. Benar sekali. Kuih tart sepit baru sahaja dikeluarkan daripada ketuhar. Dia mesti dapatkan sebalang.

“Adik, saya nak beli satu balang.”

“Kami tak jual. Semua ini sudah ditempah orang.”

Kecewa bukan kepalang. Nampaknya, dia mesti tempah satu dan datang semula keesokan hari. Pencinta kuih tart mesti makan kuih tart yang menjadi kegilaannya.


Anak saudara saya, Hanis memang sangat sukakan kuih tart. Ada sebalang di dalam kereta. Sempat juga di mencemil dua biji kuih tart sebelum kami tiba di Mall. Katanya, dia suka kuih tart, cempedak dan durian.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBungaSahabat, Hadiah

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial