Blog

Channel Youtube yang Saya Suka

Aplikasi Youtube memang sudah siap dipasang apabila kita membeli telefon baharu. Tidak perlu muat turun daripada App Store. Kita boleh sahaja menonton sebarang saluran Youtube yang digemari. Malahan kita juga boleh memuat naik video sendiri.

Saya ada memuat naik beberapa video semasa saya berjalan-jalan ke Taiwan dan satu video masakan. Hanya gunakan aplikasi suntingan video di telefon pintar selepas belajar cara membuat video menggunakan telefon pintar.

Channel kegemaran saya sebenarnya berubah-ubah. Salah satu channel yang saya suka mestilah mengenai masakan. Hehe… walaupun saya jarang memasak. Tahun lepas saya kerap kali menonton Granpa Kitchen. Granpa berasal dari India dan memasak di ruang terbuka. Dia memasang dengan banyak menggunakan dapur kayu dan hidangan itu akan diagihkan kepada kanak-kanak yatim dan orang susah.

Terhibur juga mendengar Granpa berkata, “Loving. Caring. Sharing. This is my family.” Kadang kala saya boleh tertidur semasa menonton Youtube kerana satu episod dia agak panjang, lebih 5 minit. Channel ini selain berkongsi resepi masakan, ia juga memberi manfaat kepada komuniti dengan cara bersedekah.

Selain Granpa Kitchen, saya kerap menonton video Liziqi. Dalam Youtube Liziqi, dia memasak masakan China secara tradisional. Selain memasak, ada disediakan video membuat kertas, membuat kain dan perabot daripada buluh. Cinematic view yang sangat indah dipaparkan dalam video Liziqi.

Sekarang saya menonton Padubeb Studio. Channel yang dibuat oleh Pyan untuk berkongsi tentang pelbagai jenis makanan yang dicuba. Ada juga video travel. Memang tren Youtuber buat video mukbang (merakam adegan makan). Ada yang keterlaluan sehingga meluat saya melihatnya. Tapi Pyan ini bersahaja dan masih lagi menggunakan bahasa yang saya kira sopan.

Akibat menonton video Pyan, saya terpengaruh mencuba Ayam Mcd Xtra Spicy. Haha… boleh tahan lagi kepedasannya. Saya beli set Happy Meal dengan seketul ayam. Nak cuba kan.

Saya suka satu video Pyan yang berkongsi soalan yang sering ditanya oleh pengikutnya. Ada satu soalan tanya senang ke jadi Youtuber? Jawapannya tidak senang pada peringkat awal. Orang tak kenal lagi. Tapi buat sahaja. Yang paling saya suka adalah nasihat dia supaya jadi diri sendiri dan jangan berlagak atau sombong. Orang tak suka.

Beberapa bulan lalu, saya jumpa satu Youtube Fiksionalisme dari Indonesia. Video yang dihasilkan nampak ringkas. Puisi karya penulis Indonesia dibacakan dengan latar muzik yang menyenangkan. Bulan lepas, saya mendengar channel ini sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Kata-kata puisi seperti Laut Itu Begitu Dalam oleh Boy Chandra dinukilkan menggunakan perkataan biasa tapi jadi indah apabila dijalinkan. Kemudian, dibaca pula dengan baik oleh narator.

Semasa memulakan cabaran menurunkan berat badan ini, saya selalu juga menonton video Six Miles to Supper. Kelly Cox berjaya menurunkan berat sebanyak 80 pound menggunakan intermittent fasting, berjalan 6 batu (kira-kira 10km) sehari dan cheat day pada hari Ahad. Make sense. Menurut Kelly dia suka makan, jadi dia makan sekali sehari tapi dengan hidangan yang memuaskan. Ini bukanlah bermaksud dia melantak. Tapi makan hidangan yang berkhasiat.

Akhir sekali, saya suka menonton video Aida Azlin. Warga Singapura yang tinggal di Morocco. Aida banyak berkongsi input yang positif dan refleksi diri secara bersahaja dan kita boleh relate dengan konten yang diberikan.

Video Youtube memang banyak kebaikan tapi adakalanya membuat kita ralit. Saya selalu juga terjebak dan ‘membuang masa’ menonton daripada satu video kepada satu video yang lain.

Biasanya saya akan tonton sekali-kala ataupun pasangkan Youtube sementara saya membuat kerja lain.

Apakah channel Youtube kegemaran anda?

Writing prompt Ogos 2019: Channel Youtube yang saya suka.
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial