Blog

Coklat

Raymond bawa kami ke Republic of Chocolate di Taoyuan, Taiwan. Hujan makin lebat dan kami semua terpaksa berpayung dan berjalan kaki kira-kira 100 meter ke bangunan utama. Belum masuk bangunan, kami sudah berasa teruja dengan mural setinggi dua tingkat yang kelihatan dari tempat letak kereta.

Republic of Chocolate ialah muzium coklat yang dibina oleh pengeluar coklat Hunya Food Co. Aroma coklat membangkitkan rasa gembira sebaik sahaja kami masuk ke bangunan utama. Masih awal, jadi belum ramai pengunjung. Haruslah bergambar dahulu di ruang lobi muzium tiga tingkat ini.

Kami pergi dari satu tingkat ke satu tingkat lain. Selama ini, makan coklat tanpa tahu sejarah coklat dan cara pembuatan coklat. Ada satu ruang yang mempamerkan jenis coklat dan pengunjung boleh mengalami semua lima deria iaitu bau, lihat, sentuh, dengar dan rasa.

Jika coklat berbau tengik, coklat itu sudah tidak elok (expired).
Lihat permukaan coklat sama ada berkilat atau tidak.
Jika dengar bunyi rangup (crack) apabila coklat dipatahkan, coklat itu berkualiti baik dan baru dibuat.
Coklat yang bagus akan cair di jari anda tanpa rasa seperti lilin. Coklat yang ditambah minyak sayuran atau lemak ambil masa lebih lama untuk mencair.
Kunyah coklat dan biarkan ia cair di mulut. Rasa tekstur coklat dan perisanya yang seimbang.

Peralatan untuk menghasilkan coklat turut dipamerkan. Percaya tak, ada dacing dan penimbang yang dibawa dari Indonesia dan Malaysia. Malaysia salah satu pengeluar koko terbesar di dunia.

Pihak muzium turut membuka kelas untuk pengunjung yang mahu membuat coklat sendiri. Tapi kelas belum bermula. Sudahnya kami turun ke tingkat bawah dan melihat-lihat coklat yang dijual. Setiap orang diberi baucar bernilai TWD50 untuk berbelanja di sini.

Coklat sering dikaitkan dengan kegembiraan. Coklat sesuai diberi sebagai hadiah. Coklat menjadi bahan dalam pelbagai jenis kek dan manisan. Sehingga ada yang sanggup membakar kek coklat keju untuk mengambil hati wanita yang diminati. Minuman coklat turut menjadi kegemaran. Malahan, saya baru sahaja tahu yang minuman coklat dan coklat panas (Cioccolata Calda) berbeza sama sekali.

Saya pernah menonton filem Chocolat lakonan Johnny Depp dan Juliette Binoche. Filem ini ditayangkan pada tahun 2000. Ia diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama. Watak utama filem ini ialah seorang wanita bernama Vienne yang berhijrah ke satu perkampungan Perancis.

Vienne membuka kedai coklat dan mula menjual pelbagai jenis coklat. Pada mulanya orang kampung tidak mahu bergaul dengannya. Mereka bercakap belakang. Tapi lama kelamaan, beberapa orang kampung termasuk tuan rumah Vienne mula datang. Vienne memberi kanak-kanak coklat dan menghidangkan air coklat panas. Ada satu babak yang mengagumkan saya apabila Vienne menyediakan pelbagai masakan menggunakan coklat. Aduh… walaupun tak mencicip hidangan itu, tapi perasaan gembira seolah-olah coklat ada di depan mata saya.

Oleh sebab coklat memang terkenal di seluruh dunia, saya nak kongsi beberapa quote tentang coklat yang dipaparkan di laman web Ritter-Sport.

“A little bit of sweetness can drown out a whole lot of bitterness.”

Francesco Petrarca

“Nice memories are like chocolate: you can’t survive on them alone, as they aren’t very filling, but they make life sweeter.”

Janine Weger

“Chocolate is happiness that you can eat.”

Ursula Kohaupt

“Life is like chocolate: you should enjoy it piece for piece and let it slowly melt on your tongue.”

Nina Sandmann

“Chocolate is a gift of love to yourself.”

Sonja Blumenthal

“Life is like a box of chocolates. You never know what you’re gonna get.”

From the film “Forrest Gump”

“Nothing is as alluring as a piece of chocolate you can’t have.”

Nina Sandmann

“Chocolate is comfort without words.”

Ursula Kohaupt.

“Don’t think that chocolate is a substitute for love! Love is a substitute for chocolate.”

Miranda Ingram

“True strength is when you can break a bar of chocolate into four pieces with your bare hands – then just eat one.”

Unknown

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBuku, Vlog

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial