Dan Zanger – bermula dengan $11,000 ke $18 juta dalam kurang 2 tahun

Tahun 1998, Dan Zanger menggunakan sepenuhnya peluang ketika berlaku super bull run saham NASDAQ. Saham di NASDAQ adalah berasaskan teknologi dan ia adalah bursa saham yang kedua terbesar di dunia. Beliau mengambil peluang yang terhidang dan berjaya mendapat pulangan yang hebat.

Dan Zanger terkenal dalam dunia pelaburan saham apabila beliau mendedahkan kejayaannya bermula dengan $11,000 menjadi $18 juta dalam tempoh 23 bulan sahaja. Tempoh 1998-1999 berlakunya kenaikan dalam pasaran saham khususnya sektor yang melibatkan teknologi. Ia dikenali sebagai super bull run.

Apakah formula yang digunakan?

SUCCESS = PREPARATION + OPPORTUNITY  (KEJAYAAN = PERSEDIAAN + PELUANG)

Sentiasa bersedia dengan maklumat dan analisa saham yang bagus. Apabila tiba masanya, beliau menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

Strategi dagangan yang dilakukan oleh Dan Zanger berasaskan beberapa elemen penting ini:

  1. Mengenalpasti pemimpin pasaran (market leader) berdasarkan sektor dan industri. Setiap sektor mempunyai pusingan yang berbeza. Contohnya, saham berkaitan telefon bimbit mendahului pada 1980-an, syarikat berkaitan kesihatan pada akhir 1980-an dan saham semikonduktor pada awal 1990-an. Dalam sebarang pasaran, Dan menekankan supaya pelabur memilih saham mengikut pergerakan dalam pasaran. Saham yang aktif dan mempunyai kadar turun naik (volatility) yang bagus menjadi pilihan. Cari sektor yang sedang hangat dan kemudian cari syarikat yang mendahului sektor itu.
  2. Gunakan analisa corak carta (chart pattern) untuk mengenal pasti saham yang berpotensi tinggi. Dan Zanger tidak menggunakan carta intraharian, namun beliau menyemak carta harian setiap jam untuk melihat corak carta yang menarik. Beliau akan fokus kepada saham yang berkenaan.
  3. Senaraikan saham yang akan dibeli dengan melihat analisis harga dan jumlah dagangan.
  4. Mengawal risiko dan tahu masa untuk menjual. Ia berkait rapat dengan sasaran untung yang ditetapkan. Beliau memilih saham yang mencecah harga tertinggi baru dan terus meningkat. Jika beliau mendapati saham berkenaan tidak meneruskan kenaikan pada hari kedua, iaitu hari yang kritikal, beliau akan menjualnya. Ini adalah untuk mengurangkan risiko. Penting untuk menyekat kerugian.

Dan Zanger menggunakan analisis carta untuk membuat keuntungan dalam pelaburan saham. Namun begitu, beliau menegaskan pengurusan wang dan emosi sama penting untuk berjaya dalam bidang ini.

Rujukan: Chart Pattern Analysis, Fred Tam, Lim Tat Seng & Tan Kong Huat

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *