Dialog, Hartalega dan MAHB: Senarai syarikat baru yang akan dimasukkan ke index FBM KLCI

Senarai 30 syarikat dalam index FBM KLCI dikaji semula pada 31 Mei 2018. Proses ini dibuat dua kali setahun bagi menentukan 30 syarikat yang mempunyai pemodalan pasaran (market capitalization) yang tertinggi dan mewakili pencapaian pasaran saham di Malaysia.

Bagi tempoh ini, Dialog, Hartalega dan Malaysia Airport Berhad akan dimasukkan ke dalam senarai FBM KLCI. AMMB, ASTRO dan YTL pula akan dikeluarkan.

Dialog – RM3.30 (RM18.5 billion)

Syarikat terlibat dalam industri minyak dan gas. Mempunyai pencapaian keuntungan yang meningkat setiap suku tahun bermula sejak 2016.

Hartalega – RM6.25 (RM20.8 billion)

Syarikat pengeluar sarung tangan getah asli dan mempunyai pasaran secara global mencatatkan keuntungan yang meningkat setiap suku tahun sejak 2016.

Malaysia Airport – RM8.70 (RM14.5 billion)

Syarikat pengendali lapangan terbang tempatan dan mempunyai beberapa operasi di luar negara. Syarikat mencatat keuntungan setiap suku tahun dengan peningkat sebanyak 617% bagi suku tahun Mac 2018 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Semasa kajian pada November lalu, NESTLE, Press Metal dan Sime Darby dimasukkan ke FBM KLCI. Kali senarai baru akan berkuatkuasa pada 18 Jun 2018.

Peraturan kemasukan ke index FBM KLCI adalah:

  1. Saham akan dimasukkan ke dalam senarai apabila ia berada pada tangga 25 dan ke atas ketika tempoh kajian semula senarai index dalam kalangan saham yang layak daripada papan utama.
  2. Saham akan dikeluarkan daripada senarai apabila ia jatuh ke kedudukan 36 dan ke bawah ketika tempoh kajian semula senarai index dalam kalangan saham yang layak daripada papan utama.

Sekiranya bilangan saham yang layak lebih tinggi berbanding saham yang perlu dikeluarkan, saham yang berada di kedudukan paling rendah akan dikeluarkan.

Sebaliknya jika bilangan saham yang perlu dikeluarkan lebih tinggi berbanding saham yang layak, saham yang berada di kedudukan paling tinggi dan belum dimasukkan akan dipilih untuk menggantikan sahama yang dikeluarkan.

Sebagai rujukan, pada bulan Mac 2018, The Edge menyenaraikan 40 syarikat dengan pemodalan pasaran yang paling tinggi. Dialog, Hartalega dan Malaysia Airport termasuk dalam senarai ini.

 

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *