• Blog

    When the Weather is Fine

    Malam yang dingin dengan rintik hujan yang belum berhenti. Musim hujan kembali lagi. Dan sejak siang tadi, terasa nyaman dan mahu bermalas-malasan sahaja. Begitulah kita berada di negara musim Khatulistiwa. Hujan panas silih berganti. Hujan membawa kedinginan sementara di selang seli cuaca yang hangat. Cuma beberapa hari ini, banyak tempat di Malaysia dituruni hujan lebat. Hanya kita perlu berhati-hati apabila tiba musim ini dan banyak berdoa supaya tiada bah yang besar. Menonton Kdrama When the Weather is Fine dengan latar musim sejuk bergantian dengan musim bunga. Terselit juga susana musim luruh dengan dedaun berwarna kuning jingga. Drama ini mengisahkan Hae Won dan Eun Sob yang bertemu semula apabila Hae Won…

  • Gaya Hidup

    Cara Konsisten Berjalan 5km Setiap Hari

    Sudah lama memasang hasrat untuk menjalani gaya hidup lebih aktif. Tetapi selalu sahaja terhalang atau sebenarnya beralasan. Sehinggalah pada awal Julai lalu, saya tekad memulakan rutin yang baharu, berjalan 5km setiap hari. Semenjak PKP mula dilonggarkan, kita juga sudah dibolehkan keluar ke taman rekreasi untuk beriadah. Oleh itu, saya ‘memaksa’ diri untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 5km setiap hari. Saya mulakan dengan berjalan pada waktu pagi di taman rekreasi berhampiran dengan rumah. Satu hal yang mendorong saya melakukan rutin baharu ini ialah untuk melatih diri berjalan dalam jarak yang jauh dan konsisten. Pada saya, 5km adalah jarak yang realistik untuk saya bermula. Sebelum ini, saya hanya berjalan dalam 30 minit dan…

  • Umum

    Refleksi Diri

    Bertambah lagi usia, bermaksud masa juga semakin suntuk untuk hidup lebih baik. Menjadi yang lebih baik. Sekiranya dunia tidak menghadapi pandemik yang mengubah cara hidup kita, kemungkinan saya sudah berada di Madinah/Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji. Namun, kita menerima takdir dengan rasa syukur dan melihat kembali persediaan diri ini. Secara peribadi, ia satu peringatan supaya saya tidak terus leka dan meningkatkan usaha untuk bersedia dari segala segi dan jika diizinkan Tuhan, dapatlah pergi tahun hadapan. Maka, kita berdoa diberikan rezeki masa, kesihatan dan kewangan pada hari-hari, bulan-bulan dan tahun-tahun yang mendatang. Tahun 2020 menguji kita tentang ketahanan diri dan rasa bersyukur, berterima kasih dengan orang-orang yang hadir dalam hidup kita.…

  • Blog

    Dinner Mate (32 Episod) MBC

    Dinner Mate, Kdrama yang baru sahaja tamat tayangannya di MBC pada 14 Julai 2020. Drama dengan 32 episod berdurasi 30 minit setiap episod. Saya tertarik nak menonton drama ini apabila seorang rakan berkongsi tentangnya. Wo Do Hee, penerbit rancangan online baru berpisah dengan teman lelakinya. Peristiwa ini disaksikan oleh Kim Hae Hyung, doktor psikiatri yang berada di lokasi sama. Episod pertama dimulakan dengan menarik sekali. Saya suka. Babak Do Hee di hadapan kedai barangan kemas dan membayangkan dirinya seperti Audrey Hepburn dalam filem Breakfast at Tiffany. Seperti tajuknya, Do Hee dan Dr Kim menjadi Dinner Mate selepas peristiwa di Jeju. Mereka tidak mengetahui nama dan maklumat peribadi yang lain. Tapi…

  • Blog

    Si Pari-pari

    Seperti hari-hari yang lalu, si pari-pari terbang riang apabila teja mula menghilang di kaki awan. Matahari terbenam menandakan tugas si pari-pari bermula. Dia sukakan rutin menjengah manusia-manusia kegemarannya. Melihat wajah mereka tersenyum, menandakan hari yang bahagia. Jika ada yang muram, si pari-pari akan melalui malam yang panjang. Tapi itu bukanlah hal yang menyusahkan. Cuma dia perlu pergi tepat jam 12 malam. Maka sebolehnya, si pari-pari akan menjadi pendengar yang setia. Pada malam itu, si pari-pari terbang lagi dan tujuannya ialah menjenguk Jane yang kesunyian. Jane sakit. Dia tidak bersemangat lagi untuk keluar rumah dan berjumpa sahabat karibnya. Dia tidak mahu melakukan apa-apa melainkan tidur. Tapi, apabila si pari-pari datang Jane…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial