Aktiviti Buku

Forum Kewangan di Pesta Buku Antarabangsa KL

3 Mei 2015 - Forum Kewangan

 

Pertama kali berada di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 baru-baru ini bersama Tuan Azizi Ali dan Tuan Khairul Anuar membicarakan tajuk kewangan, hartanah dan GST. Pada 3 Mei 2015, hari terakhir PBAKL yang berlangsung di PWTC sesungguhnya meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Forum selama sejam berlangsung dengan soalan daripada moderator dan pengunjung yang hadir pada hari itu. Perasaan berdebar-debar itu tetap ada. Alhamdulilah ia berjalan lancar. Buku GST untuk Bisnes dan Peniaga dan GST untuk Pengguna telah dilancarkan pada 27 April 2015 oleh Datuk Dr Maznah Hamid.

Terima kasih kepada penerbit, Truewealth Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku saya dan tim penerbitan yang banyak membantu saya dalam menghasilkan buku ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *