GST

Glosari GST – Cukai Barang dan Perkhidmatan

Berikut senarai 10 glosari GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang biasa digunakan dalam pelaksanaan GST di Malaysia:

  1. GST – Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015. GST menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan.
  2. Kadar standard – Kadar GST di Malaysia bermula 1 April 2015 ialah 6 peratus. Ia mungkin berubah pada masa hadapan. Kadar ini dikenakan kepada semua jenis barang yang perkhidmatan selain daripada kategori barangan berkadar sifar atau dikecualikan cukai.
  3. Kadar sifar – Kadar GST 0 peratus untuk barangan yang disenaraikan oleh kerajaan. Barangan dalam kategori ini biasanya adalah barangan keperluan seperti makanan asas (beras, tepung, gula, minyak, roti putih, dll), ubat dan buku.
  4. Kadar dikecualikan – Pengguna tidak dikenakan GST apabila membeli atau menggunakan perkhidmatan di bawah kategori ini. Ada 10 kategori barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai iaitu tanah, logam untuk pelaburan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan perubatan, tol dan jambatan bertol, perkhidmatan pengkebumian dan perkhidmatan pendidikan tadika dan taska.
  5. Cukai input – cukai yang ditanggung oleh peniaga keatas perbelanjaan dalam perniagaan mereka. Ia boleh dituntut dalam penyata cukai setiap bulan atau setiap tiga bulan.
  6. Cukai output – cukai yang dikutip oleh peniaga berdaftar keatas barangan yang berkadar standard. Cukai ini akan diserahkan kepada Kastam setelah ditolak cukai input, jika ada.
  7. Orang berdaftar – Atau registered person ialah orang yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun dan wajib mendaftar sebagai orang berdaftar di Kastam dan mengutip GST mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
  8. Penyata Cukai GST – Penyata cukai yang mempunyai maklumat pendapatan, perbelanjaan, cukai output dan cukai input dalam perniagaan orang berdaftar. Penyata cukai perlu dihantar setiap bulan atau setiap tiga bulan.
  9. Invois cukai – Invois yang dikeluarkan oleh orang berdaftar kepada pengguna. Invois ini mesti mempunyai maklumat yang dikehendaki oleh Kastam seperti no invois, nombor pendaftaran GST, jumlah GSTĀ dan kadar GST. Tanpa maklumat lengkap, invois berkenaan tidak sah dan tidak boleh digunakan untuk menuntut cukai input.
  10. Tempoh bercukai – Tempoh bercukai ialah tempoh yang diberikan kepada peniaga berdaftar untuk memfailkan penyata cukai. Peniaga berdaftar yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta dikehendaki memfailkan penyata setiap 3 bulan. Peniaga berdaftar dengan pendapatan melebihi RM5 juta dikehendaki memfailkan penyata setiap bulan.

Saya akan senaraikan 10 lagi glosari GST pada minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *