Secara tradisional rantaian pembekalan terdiri daripada:
Pengeluar
Pemborong
Peruncit
Pengguna
Anda mungkin berada dalam golongan pengeluar, pemborong dan peruncit.
GST bermaksud Goods and Services Tax atau dikenali juga sebagai cukai nilai tambah.
Setiap golongan dalam rantaian pembekalan memberi nilai tambah dalam barang atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Contoh:
Pengeluar memberi nilai tambah dengan pemprosesan, pembungkusan dan kemudian dibekalkan kepada pemborong. Pemborong memberi nilai tambah dengan pembelian secara pukal dan menyimpan stok yang tinggi di kawasan tertentu. Peruncit memberi nilai tambah dengan menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan mendapatkan barang-barangnya.
Oleh sebab itu GST disebut juga sebagai cukai nilai tambah. Pengguna akhir yang akan membayar cukai kepenggunaan ini. Pada setiap peringkat pembekal yang berdaftar, mereka akan menuntut cukai input dan mengutip cukai output daripada pelanggan.