GST untuk Hartanah Komersial

Hartanah komersial seperti kedai pejabat termasuk dalam jenis pembekalan bercukai. Pembelian hartanah komersial akan dikenakan GST sebanyak 6 peratus jika pemaju hartanah atau penjual adalah orang yang sudah berdaftar dengan GST.

Pembeli yang juga orang yang sudah berdaftar dengan GST, boleh menuntut cukai yang ditanggun ini sebagai cukai input. Namun, pembeli yang tidak berdaftar cukai ini adalah sebahagian kos yang perlu diambil kira.

Selain GST, Cukai keatas Harta Tanah (CKHT) atau RPGT akan dikenakan kepada penjual hartanah sama ada individu atau syarikat dalam urusan jual beli. Kadar RPGT bergantung kepada tempoh pemilikan hartanah sebelum ia dijual. Penjual membayar RPGT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pembekalan oleh pemaju hartanah tidak dikenakan RPGT. Aktiviti pembangunan hartanah adalah termasuk dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan mereka. Syarikat pemaju hartanah dikenakan cukai pendapatan oleh LHDN.

Apabila anda terlibat dalam transaksi jual beli hartanah komersial, sebagi pembeli pastikan anda mendapat maklumat yang jelas tentang perkara berikut:

1. Harga jualan termasuk GST.

2. Yuran guaman termasuk GST (jika ada).

3. Pinjaman atau pembiayaan (tiada GST kerana ia perkhidmatan dikecualikan cukai)

4. Yuran guaman untuk urusan pinjaman termasuk GST (jika ada)

Hanya peniaga atau peguam yang sudah mendaftar sahaja boleh mengenakan GST kepada pembeli.