GST

GST untuk Reimbursements dan Disbursements

Reimbursements atau pembayaran balik dan disbursementsĀ atau pembayaran perbelanjaan antara item yang biasa kita lihat dalam invois oleh firma guaman, syarikat setiausaha syarikat, firma perakaunan dan audit, arkitek dan perkhidmatan profesional yang lain.

Reimbursements tertakluk kepada GST dan disbursements tidak dikenakan GST.

Reimbursements dianggap suatu pembekalan bercukai. Contoh reimbursements adalah caj panggilan telefon, caj perjalanan, fotokopi dan sebagainya.

Disbursements pula adalah pembayaran yang dibuat kepada pihak ketiga melalui penyedia perkhidmatan. Contoh disbursements ialah duti setem, yuran pemfailan, yuran mahkamah dan lain-lain. Suatu perbelanjaan termasuk dalam kategori disbursements dengan syarat berikut:

  1. Pelanggan bertanggungjawab membayar perbelanjaan itu kepada pihak ketiga.
  2. Pelanggan mengetahui bahawa barang atau perkhidmatan itu dibekalkan oleh pihak ketiga.
  3. Pelangga memberi kuasa untuk membuat bayaran bagi pihaknya.
  4. Pelanggan menerima dan menggunakan barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.
  5. Item tersebut dinyatakan secara terperinci dalam invois kepada pelanggan.
  6. Pengeluar invois (peguam, setiausaha syarikat dan lain-lain) menerima jumlah sebenar daripada pelanggan dan menjelaskan jumlah sama kepada pihak ketiga.
  7. Barang atau perkhidmatan tersebut adalah tambahan kepada perkhidmatan utama yang diberi kepada pelanggan.