GST vs SST – cara kiraan yang betul melalui contoh ringkas

Lim Guan Eng umumkan kadar SST 10% dan 6% untuk barang dan perkhidmatan. Ia akan mula dilaksanakan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST 0%.

Sebelum ini pernah viral perbandingan SST dan GST. Saya nak beritahu kiraan GST dalam poster berkenaan SALAH. Ia tak mengambil kira GST input dan GST output. Menunjukkan seolah-olah jumlah GST lebih tinggi.

Jadi, saya buatkan semula kiraan dengan contoh margin yang berbeza tapi lebih realistik.

Contoh 1 menggunakan nilai yang sama seperti contoh di atas. Dalam contoh ini saya kirakan sekali peratusan margin kasar bagi setiap peringkat. Ia tidak termasuk kos tidak langsung. Serupa seperti contoh di atas. Mekanisme cukai input dan cukai output dalam GST jelas ditunjukkan dalam contoh di bawah. Secara teori harga barang akhir lebih rendah berbanding sistem SST.

Contoh 2 pula saya menggunakan margin peratusan yang berbeza bagi setiap peringkat. Ini menggambarkan setiap peringkat rantaian jualan mempunyai margin yang berbeza. Perlu diingatkan, kadar ini berlainan bagi setiap industri. Andaian ini adalah untuk tujuan perbandingan sahaja.

Begitu juga dengan contoh yang diberikan Astro Awani. Di sini saya kongsikan kiraan semula.

Ini serba ringkas tentang pengiraan GST dan SST. MOF keluarkan kenyataan SST akan dikenakan semula bermula 1 September. Rang undang-undang berkaitan akan dibentangkan. Kita akan lihat hasilnya. Malaysia akan jadi negara pertama yang kembali kepada SST selepas perkenalkan GST. Untuk maklumat, 160 negara dalam dunia sudah perkenalkan GST dan kebanyakan lebih lama daripada Malaysia.

SST ini khususnya sales tax akan dikenakan pada permulaan rantaian, biasanya di peringkat pengilang. Jadi bila sampai kepada pengguna, dah tak nampak cukai tu. Padahal kita bayar cukai.

GST pula jelas jumlah cukai yang dibayar. Ia ditunjukkan dalam resit. Ramai tak faham lagi tentang sistem GST. Sehingga sekarang pun. Tapi saya pasti peniaga dan rakyat dah mula sedar tentang kewujudan cukai tak langsung dalam kehidupan kita hari-hari.

SST dan GST jenis cukai tak langsung. Cukai pendapatan tu cukai langsung, yang tuan puan bayar ikut potongan gaji atau bayaran berkala jika peniaga. Siapa bayar cukai dia tahulah.

Posting saya memang khusus yang betulkan kiraan yang salah. Teori. Inilah teori yang disalah ertikan. Sedangkan realiti lain yang berlaku. Kebanyakan komen menyatakan begitu.

Realiti itu pahit. Idealnya, janji mesti ditepati. Tapi tak begitu bukan.

Tapi, kita tak perlu bergelumang dalam gelap. Baca dan fahamkan. Saya pasti banyak artikel dan berita yang akan mengulas tentang SST vs GST.

Kenaikan harga barang bukan bergantung pada satu faktor sahaja. Menuding jari memang senang. Jari telunjuk kan satu sahaja. Buka minda. Jika anda selama ini jadi pengguna sahaja cuba fikirkan tentang kos yang ditanggung peniaga. Kita akhirnya adalah pengguna.

Apabila kita mula sedar tentang nilai sesuatu barang, barulah kita boleh berbelanja dengan bijak.

Jadilah pengguna bijak.

Pautan asal posting saya di FB.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *