Blog

Hadiah

Saya pilih perkataan hadiah kerana hari ini hari lahir saya. Saya terharu apabila seorang sahabat mengatakan saya hadiah dari Tuhan. Terasa begitu besarnya penghargaan ini. Saya bersyukur masih lagi diberi kesempatan di dunia untuk bernafas lagi seperti hari-hari sebelumnya, seperti saat-saat sebelumnya. Sekarang ini.

Terima kasih. Pada usia ini, hadiah bagi saya bukan tertakluk kepada barang atau material. Hadiah bagi saya ialah sebuah pengalaman yang membahagiakan. Barang yang kita jadikan hadiah adalah simbol pengalaman itu.

Saya selalu cuba membawakan hadiah buat kenalan yang sudah lama tak berjumpa. Hadiah yang sederhana sifatnya. Kadang kala saya tak tahu apa yang disukai sahabat saya itu. Tapi saya gembira apabila dia menerimanya dengan senang hati. Itu kan sebuah pengalaman yang menyenangkan.

Kadang kala saya tersalah meneka kegemaran kawan-kawan saya. Saya tak berkecil hati. Bermakna satu lagi hal tentang kawan itu yang saya ketahui. Menarik bukan.

Kadang kala saya beri bawakan sesuatu yang memang saya tahu dia suka. Jika saya tahu, orang yang saya jumpa itu gemar coklat saya berikan coklat. Jika saya tahu dia suka kopi, saya belikan kopi.

Memberi hadiah ini ada seninya juga. Siapa yang tidak sukakan hadiah. Beri hadiah kepada orang yang anda cintai dan sayangi. Beri hadiah kepada sahabat baik anda. Tapi berhati-hati, usah memberi hadiah kepada orang yang tak sudi. Kecewa akibatnya.

Hadiah saya hari ini ialah meluangkan masa dengan seorang sahabat. Saya mahu menyerahkan barang yang dijanjikan. Kami makan ayam goreng Kyo Chon, pastri Seven Oaks dan aiskrim Family Mart. Kami bersenang-senang sahaja. Sehari yang menggembirakan.

Sehingga tahun satu lagi, jika saya masih ada di dunia ini saya mahu mengingati hal-hal yang menggembirakan sebagai hadiah hari lahir pada 19.07.19.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBunga, Sahabat

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial