Harta pusaka

Harta Pusaka Perlu Dibahagi Dengan Segera

Artikel ini diterbitkan oleh Harian Metro pada 4 Mac 2015.

Harta pusaka menurut Kamus Dewan, pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia (untuk diwarisi oleh keluarganya).

Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil al-irth, al-wirth atau al-wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil warisan.

Menurut istilah Syarak, harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang meninggal dunia yang sudah menjadi hak mutlak ahl warisnya untuk diagih-agihkan dalam kalangan mereka yang berhak.

Harta pusaka termasuk:

  • Semua harta yan ditinggalkan oleh si mati yang diperoleh sewaktu hayatnya secara halal seperti mealui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan wasiat.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian.

Dividen atau faedah yang terbit daripada harta si mati.

  • Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)Pemberian
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang daripada usaha si mati sewaktu hayatnya.

Harta pusaka tidak termasuk:

  • Harta yang sudah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang sewaktu hayatnya.
  • Khairat kematian.
  • Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
  • Faedah kematian atau amaun tambahan KWSP.
  • Imbuhan, pampasan, saguhati.
  • Pencen.
  • Bayaran bawak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 PERKESO.
  • Harta yang dipinjam.

Sebab menerima pusaka ialah perkahwinan, keturunan, atau kerabat dan pembebasan hamba.

Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut:

  • Memakan dan menguasai harta dengan cara batil.
  • Hutang tidak dijelaskan dengan segera.
  • Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
  • Bilangan waris bertambah ramai akibat kematian berlapis.
  • Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
  • Harta tidak terurus atau terbiar.
  • Urus niaga tidak dapat dijalankan.
  • Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris kerana masih didaftar dengan nama si mati.
  • Kehilangan dokumen penting seperti surat mati.

(Sumber: Portal rasmi JAWHAR)

 

Please follow and like us:
Ulasan Dimatikan pada Harta Pusaka Perlu Dibahagi Dengan Segera
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial