Blog

Hijau

Minggu ini saya berada di Kuala Lumpur. Menghadiri acara dan bertemu kawan-kawan. Mencipta kesempatan. Saya memandu sendiri. Asalnya mahu naik pengangkutan awam dari Johor Bahru. Tapi saya buat keputusan untuk memandu kerana senang nak bawa barang dan ke sana ke mari.

Saya ini berasal dari kampung. Masih lagi tinggal di rumah yang ibu bapa kami tinggalkan. Cuma sekarang, ia jadi kampung di pinggir bandar. Hanya 5 minit dari lebuh raya. 5 minit ke pusat beli-belah. 2 minit ke kedai mamak, bengkel kereta dan dobi layan diri. (Dengan memandu)

Senang berurusan. Tak perlu pergi jauh untuk dapatkan barang keperluan. Nak buat pertemuan, boleh jumpa di pusat beli-belah itu yang berhawa dingin. Jika hujan lebat, kain lambat kering pergi sahaja ke dobi layan diri untuk menggunakan mesin pengering. Jika sibuk atau malas memasak, boleh beli lauk di kedai mamak. Oh ya… kedai mamak di sini lauknya seperti masakan orang Melayu. Mereka masak ikut selera orang kita. Aduhai orang Johor, kalau betul-betul ikut selera mamak makan sesekali bolehlah.

Kampung kami bersempadan tanah dengan taman perumahan. Entah bila tanah bertukar milik kepada syarikat developer itu. Selepas berjaya dengan jualan lot rumah kedai, sekarang mereka mahu bangunkan rumah bertingkat pula. Katanya …

Sedih. Baru-baru ini mereka mengarahkan Majlis Bandaraya Johor Bahru menebang lima batang pokok yang besar-besar. Betul-betul di sempadan kampung kami. Entah berapa usia pokok itu. Memang sudah meninggi sejak saya kecil. Sejak saya bermain-main di bawah pokok. Belari-lari bermain pondok-pondok.

Sentimental. Sudahlah cuaca semakin panas. Pokok yang banyak berjasa itu pula ditebangnya. Entah apa alasannya atau apa tujuannya. Saya sedih. Kapitalis memang begitu. Kehijauan pokok digantikan dengan bangunan batu yang menjadi simbol pembangunan.

Kawasan rumah kami memang pernah dilanda banjir. Walaupun mereka meratakan tanah, janganlah mengabaikan sistem pengaliran air. Hal-hal begini sebenarnya berasaskan kemanusiaan. Adakah kapitalis memikirkan begitu?

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLaut, Malam

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial