Blog

How often do you blog?

“If you miss one day, you can miss two. If you miss two, it’s all over….”

Cuti. Cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha. Musim cuti begini, ahli keluarga saya yang tinggal di Lembah Klang pulang ke kampung. Sabtu lalu, 9 Zulhijah kami memasak sedikit juadah untuk diagihkan kepada jiran.

Suasana sibuk daripada hari-hari biasa. Saya pun sama menyibukkan diri. Dan tidak menulis di blog ini. Sabtu memasak. Ahad berkumpul di rumah kakak. Kami makan tengah hari dan BBQ. Isnin pergi lagi ke rumahnya kerana dia masak ikan sambal dan lauk makan tengah hari yang sedap-sedap juga.

Itu kejadian beberapa hari lepas. Saya sempat baca beberapa halaman novel Ikarus oleh S.M Zakir, novel yang meramalkan situasi politik kita hari ini. Saya sempat membaca ulasan kes kematian akibat perselisihan di lebuh raya. Saya sempat melihat komen netizen tentang isu tulisan Jawi dan ulasan ahli politik yang memberi contoh bobrok tentang penggunaan tulisan Jawi. Tapi saya tidak sempat menulis di blog ini. (Alasan)

Menulis dengan kerap ialah satu latihan untuk mengasah kemahiran menulis. Sama seperti kemahiran lain dalam hidup ini. Ia mesti dilakukan secara konsisten. Pagi ini saya mendengar satu podcast oleh Glenn Leibowitz. Dalam siri podcast itu, beliau menemuramah Professor Joshua Spodek. (Tentang blog: Dengar dari minit ke-19.)

Prof Joshua berkongsi bagaimana beliau mula menulis di blog setiap hari. Beliau sudah menulis lebih 2400 entri di blognya. Ia bermula apabila seorang rakannya membantu beliau membina blog dengan WordPress. Prof bertanya kepada sahabatnya, “How often do you blog? Is it on Monday, Wednesday … “

“If you miss one day, you can miss two. If you miss two, it’s all over.”

Sejak tahun 2011, Prof Joshua menulis setiap hari. Sehingga beliau menyediakan fail idea. Beliau hanya perlu salin dan tampal nota daripada fail idea itu dan masukkan ke dalam blog.

Prof Joshua berkongsi satu akronim tentang melakukan habit secara konsisten dan berkesan. SIDCHA.

S – Self (Kendiri)
I – Imposed (Dipaksa)
D – Daily (Setiap hari)
C – Challenging (Mencabar)
H – Healthy (Sihat)
A – Activity (Aktiviti)

Lakukan aktiviti sihat dan mencabar yang anda tentukan untuk diri sendiri setiap hari. Menulis setiap hari ialah aktiviti yang mencabar dan memerlukan kemampuan fizikal serta menjadikan minda anda aktif dan sihat. Untuk menjadikan aktiviti penulisan ini sihat, tulis perkara yang memberi manfaat bukan perkara yang sia-sia seperti membuat kecaman di media sosial.

Prof Joshua melakukan tiga habit menggunakan SIDCHA iaitu, menulis setiap hari, melakukan burpees setiap hari dan mandi air sejuk selang beberapa hari. Beliau menasihatkan jika ada individu yang menawarkan habit atau rutin baharu, anda boleh mengatakan tidak. Jika habit anda sememangnya sudah mencabar dan memenuhi SIDCHA, kemungkinan besar jika anda melakukan habit yang baharu, habit lama ini akan ditinggalkan dan mungkin merugikan anda.

Jom tulis setiap hari di blog. Sehari satu entri, setahun boleh menjadi buku… eh.

Ikuti saya dan rakan blogger dalam cabaran menulis di blog setiap hari.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial