Hubungi

Norsa’adah Ahmad adalah seorang akauntan  berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa. Penulis pernah bertugas di syarikat korporat sebelum menceburi bidang perancangan kewangan.

Topik cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadi tumpuan dalam karya penulis memandangkan ia mempunyai kaitan dengan pengurusan kewangan secara tidak langsung. Karya pertama beliau iaitu  Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam telah mendapat sambutan hangat sejak mula diterbitkan dalam tahun 2014.

Jika anda ingin mengemukakan soalan, cadangan atau komen sila emel kepada arnorsaadah.ca@gmail.com. Selain itu boleh ikuti saya di twitter @arnorsaadah dan @twt_finance

4 Comments

  1. Assalamu’alaikum Puan;
    Puan ada menyediakan perkhidmatan perundingan GST ke? Kalau ye, saya ada hajat untuk berurusan dengan Puan.

    Terima Kasih
    PakNik
    53300 Kuala Lumpur.

  2. Assalamualaikum Pn.Saadah,

    saya ada sedikit kemusykilan dengan kaedah hibah yang sedang giat di kempenkan oleh operator-operator takaful di seluruh malaysia sekarang ini.
    soalan saya adalah ;
    apakah hukumnya hibah ini dalam islam kerana pampasan insurans itu hanya di keluarkan setelah kematian pencarum, maka harta tersebut di kategorikan sebagai harta pusaka.
    dan juga bolehkah istilah ‘hibah’ di gunapakai kerana pada masa hayatnya pencarum, harta ‘hibah’ ini masih belum sempurna milik maka tidah boleh di pindah milik lagi?

    1. Waalaikumsalam Tuan Azim,
      Saya tidak dapat menjawab soalan tentang hukum dengan panjang lebar. Namun, saya akan kongsikan serba sedikit maklumat yang saya dapati dalam artikel akan datang.
      Terima kasih kerana menyoal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *