Impian bebas kewangan

Dalam pelbagai peringkat hidup kita, pasti kita mempunyai impian untuk mencapai tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan tahap kewangan yang kita miliki. Adakah pendapatan bulanan mencukupi untuk menampung kos sara hidup semasa? Adakah lebihan untuk simpanan di masa akan datang?

Sebagai pelajar, sebahagian besar kos ditanggung melalui pinjaman ataupun ibubapa. Setelah mula bekerja, setiap individu haruslah matang dalam menguruskan kewangan. Tabiat yang paling baik dan harus dimulakan serta-merta setelah mempunyai pendapatan ialah dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah berkenaan samada untuk tujuan kecemasan ataupun persaraan! Hmm … terlalu awal untuk bersara? Mungkin tidak.

Kenapa perlu mulakan tabiat ini seawal mungkin? Anda tentu mahu jadi jutawan satu hari nanti. Dengan kaedah penyimpanan yang konsisten, menjadi jutawan memang tidak mustahil. SebagaiĀ motivasi, tuliskan objektif kewangan anda seperti:
1) Membeli rumah dalam tempoh 10 tahun, jumlah simpanan ialah RM50,000
2) Menabung untuk pendidikan anak, umur anak sekarang 2 tahun, tempoh 15 tahun, jumlah simpanan ialah RM50,000
3) Bersara sebagai jutawan, umur sekarang 25 tahun, tempoh 30 tahun, jumlah persaraan RM1.5 juta
4) Menabung untuk melancong di Eropah, tempoh 3 tahun, jumlah simpanan RM20,000

Apabila telah menetapkan objektif seperti diatas, maka lebih mudah kita merancang tabungan ini. Kita boleh menabung dalam pelbagai jenis cara samada:
1) Simpanan tetap di bank (risiko rendah, pulangan rendah)
2) Melabur dalam unit amanah (risiko sederhana, pulangan sederhana)
3) Melabur dalam saham (risiko tinggi, pulangan tinggi)

Berdasarkan profil risiko individu, buatlah pilihan yang sesuai. Nasihat daripada perancang kewangan profesional boleh membantu kita membuat keputusan terbaik, di samping mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran mereka.

Langkah pertama adalah yang paling sukar. Langkah seterusnya akan membawa anda mencapai bebas kewangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *