Harta pusaka

Jelaskah pemilikan harta? – Ustaz Mohd Shukri Ali

Dalam program Santai Bersama Ustaz Mohd Shukri berkongsi tentang kepentingan menentukan pemilikan harta. Persoalan yang ditimbulkan adalah emas yang dipakai oleh isteri itu betul-betul miliknya atau tidak. Status pemilikan aset seperti barang kemas ini tidak mempunyai geran atau bukti pemilikan yang mudah ditentukan seperti tanah atau kenderaan.

Maka, setiap kali suami memberi hadiah barang kemas atau apa jua barang yang bernilai tinggi, mestilah ditentukan miliknya. Ustaz menyarankan isteri bertanya secara jelas adakah suami memberi barang itu secara mutlak atau tidak. Suami pula tentukan niat anda semasa memberi barang bernilai tinggi seperti ini.

Ustaz mengingatkan bahawa semasa hidup tiada isu. Namun, selepas kematian persoalan tentang harta pusaka akan timbul. Contohnya, jika barang kemas ini hanya diberi kepada isteri untuk dipakai, apabila isteri meninggal dunia haknya masih milik suami dan bukan harta pusaka isteri. Maka suami berhak menggunakannya.

Namun, jika ia adalah pemberian kepada isteri maka ia sudah jadi harta pusaka isteri dan perlu dibahagikan kepada warisnya.

Begitu juga dengan pemberian seperti tanah dan rumah. Ustaz berkongsi satu kes apabila tanah diberi atas nama adik kemudian rumah pula diberi kepada kakak. Selepas beberapa tempoh, berlaku konflik dan kes dibawa ke mahkamah untuk menentukan hak milik tanah dan rumah.

Kemudian diputuskan, tanah itu milik adik dan sebarang binaan di atas tanah juga adalah milik si adik.

Boleh tonton videonya di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *