Umum

Kaya tapi Miskin

Lumrah dalam masyarakat seseorang itu dipandang kaya apabila berpendapatan tinggi, memiliki rumah yang besar, kenderaan yang hebat, pakaian berjenama dan makan di restoran yang mewah. Ini adalah simbol-simbol kekayaan. Adakah mereka itu kaya yang sebenar? Walaupun nampak kekayaannya secara fizikal, adakalanya kita mendengar rungutan bahawa semua itu belum mencukupi.

Dr Mohd Izhar berkongsi tentang kekayaan dalam slot Asslamualaikum, TV Alhijrah pada 17 September 2014. Beliau berkongsi orang yang kaya itu rahsianya terletak pada keberkatan. Keberkatan yang dimaksudkan ialah keberkatan dalam bentuk kesihatan yang baik, harta atau duit yang mencukupi dan hidup yang tenang.

Tips untuk kekayaan yang berkat ialah:
1. Banyak berzakat – suatu yang wajib apabila cukup syarat.
2. Banyak sedekah – suatu yang sukarela, ada beri dan dapat.
3. Banyak beri orang lain makan – berkongsi rezeki dalam bentuk makanan dengan orang yang dekat atau jauh.
4. Banyak zikir dan berdoa.

Semoga hidup kita kaya yang sebenar iaitu kaya dengan ketenangan kesan iman dan takwa kepada Allah, bukan kaya tapi miskin apabila sentiasa merasa tidak cukup dalam hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *