Gaya Hidup

Kegemukan (Obesiti) Satu Epidemik

Dr Jason Fung menulis buku The Obesity Code. Saya baru terima kiriman daripada Normi. Oleh sebab semangat tengah membara nak kurus, saya terus mulakan pembacaan.

Dr Jason, seorang pakar nefrologi yang merawat ramai pesakit buah pinggang mendapati kebanyakan pesakit mengalami masalah berat badan. Beliau mahu mencari punca utama (ultimate cause) kepada masalah ini. Kenapa pesakitnya masih gagal mengurangkan berat badan walaupun telah diberi ubat?

Kegemukan atau obesiti dah jadi satu epidemik di zaman moden ini. Kenyataan yang mengejutkan. Pada tahun 1970-an, bermula saranan pemakanan menggunakan piramid makanan. Karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan lemak. Sehingga A.S melakukan kempen supaya masyarakat mengubah gaya makan seperti ini. Ia sebenarnya tidak berkesan. Kajian menunjukkan masalah obsesiti semakin meningkat. Dunia makin maju dan moden, masyarakat makin gemuk dan mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Baru baca beberapa bab awal, memberi pendedahan kepada saya tentang ilmu pemakanan yang selama ini kita pelajari mungkin tidak betul. Jadi, saya teruskan lagi pembacaan.

Eat Less, Move More yang berasaskan formula pengiraan kalori juga sebenarnya tidak berkesan. Pernah saya mencuba untuk kira kalori makanan yang saya makan. Gunakan aplikasi. Malahan, saya pernah juga membeli ebook berkaitan pengiraan kalori. Jika diikutkan pengiraan kalori ini tidak tepat pun. Tak mungkin senarai standard yang diberi itu sama untuk semua. Manusia di seluruh pelusuk dunia mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza. Nasi goreng di negeri China sudah tentu lain cara penyediaannya dengan nasi goreng Cina di Malaysia.

Dr Jason Fung dalam salah satu videonya mengatakan kadar metabolisme orang yang melakukan senaman ekstrem seperti dalam The Biggest Loser semakin menurun. Ini bermaksud lama-kelamaan formula Eat Less, Move More tidak lagi berkesan. Ia bukan kaedah jangka panjang.

Lagi satu fakta yang mengejutkan, tiada kajian yang betul dilakukan tentang pengiraan kalori. Dr Jason Fung menyenaraikan 5 tanggapan tentang kalori dan menerangkan mengapa ia tidak benar.

Sebenarnya kalori ini bukan kiraan yang straight forward. Makanan kita mengandungi karbohidrat, protein dan lemak serta vitamin dan mineral. Ia diproses dengan cara berbeza dalam badan. Jadi, teori Calories In – Calories Out tidak benar.

Setakat itu dulu. Nanti saya kongsi lagi kandungan buku ini. Ilmu baru bagi saya. Buat masa ini saya tak dapat buat kesimpulan lagi.

Saya akan habiskan pembacaan buku setebal lebih 300 halaman ini. Sambil itu, saya akan menulis di sini apabila ada info menarik ya.

Selamat berpuasa.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial