Blog,  Travel

Kemahiran yang Saya Mahu Pelajari Tahun ini

Tinggal empat bulan berbaki tahun 2019. Apa yang saya boleh lakukan dalam suku tahun terakhir ini? Sudah pasti kerja penulisan dan penerbitan buku diteruskan, walaupun agak perlahan.

Dalam entri lalu, saya menyebut yang saya mahu belajar fotografi. Ia satu kemahiran. Saya akan cuba juga buat tahun ini. Perlu mengumpul modal untuk membayar yuran ke kelas fotografi. Moga tertunai impian saya.

Selain belajar fotografi, saya juga ingin belajar travel dengan ringkas dan ringan. Selalunya saya akan travel dengan kawan-kawan secara berkumpulan lebih 5 orang. Meriah la juga.

Saya akan melakukan sesuatu yang berbeza sedikit pada bulan Oktober nanti. Saya akan travel dari Hanoi ke Kunming. Travel berdua sahaja. Kami perlu cross-border di sempadan Vietnam-China, satu bandar bernama Lao Cai. Saya perlu memohon visa China dalam masa terdekat ini.

Tempoh perjalanan juga lebih panjang daripada biasa. 18 hari. Oh… bagaimana saya mahu rancang pakaian dan barang yang hendak dibawa? Ini juga satu kemahiran. Saya tak mahu bawa beban yang berat. Tapi, cukup untuk saya berada di negara orang dalam tempoh hampir tiga minggu.

Teman perjalanan saya ini baru sahaja kembali dari Turki. Berada 25 hari di Turki. Lama kan? Jadi saya agak yakin juga dengan prospek perjalanan kami pada bulan Oktober nanti.

Sekarang ini saya memikirkan untuk merakam pengalaman hampir 20 hari itu dalam sebuah buku. Semoga berhasil.

Writing prompt Ogos 2019: Pakaian tradisional
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:

5 Comments

      • Sharulnizam

        Ada beberapa photography challenge yang saya sertai sebelum ni, ada yang gagal ada yang berjaya dihabiskan.

        1) 365 Days Photo Challenge
        Ini paling “susah” untuk konsisten. Saya survived setakat dua bulan saja. Eheheh! Caranya ambil apa juga gambar, tapi setiap hari selama setahun. Untuk blog mungkin tak sesuai, tapi kalau di IG bolehlah.

        2) 52 Weeks Photo Challenge
        Sama seperti di atas, tapi seminggu sekali. Yang ini lebih fokus dan terancang. Selalunya kaki photographer buat challenge ini.

        3) 15 Days Photo Challenge
        Yang ini saya pernah sertai secara rawak tahun 2014 selepas blogwalking. Caranya, masih menggunakan prompt. Contoh; biru, jalur, moment, black & white. Instead of buat setiap hari, jadikan 2 hari sekali. Dan perlu ada catatan, bukan caption sahaja. Catatan boleh jadi apa saja, puisi ke, resipi ke, atau anekdot.

        Mungkin yang no (3) lebih sesuai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial