Kenapa Dato Seri Vida melancarkan Lavida Coin

 

Dato Seri Vida lancarkan Lavida Coin, sejenis mata wang digital atau cryptocurrency. Memang DSV terkenal dengan strategi yang ‘memeranjatkan’. Tak sangka DSV akan keluarkan mata wang digital yang kontroversi.

Dengan followers yang ramai, beliau yakin boleh mengumpulkan pelabur dan membayangkan keuntungan bagi mereka yang cepat bertindak dan membeli Lavida Coin (LVC) ini. Harganya 1LVC = USD0.66.

Okey, walaupun anda kenal DSV, tahu siapa dia adakah anda akan melabur dalam Lavida Coin?

Dikatakan sebanyak USD120 juta akan dikumpulkan pada fasa pertama (pre-mine). LVC ini akan menggunakan teknologi blockchain.

Seperti jenis pelaburan lain, satu dokumen disediakan untuk pelabur mendapat maklumat penting. Jika sebuah syarikat yang akan masuk Bursa Malaysia, mereka akan sediakan prospektus bagi tujuan Initial Public Offering (IPO).

Bagi mata wang digital, dokumen seperti prospektus ini dikenali sebagai white paper atau kertas putih. Cuma, kertas putih LVC ini berbingkai merah jambu yang sinonim dengan DSV. Pendek saja, 14 halaman.

Tujuannya untuk mengumpul dana dan ia dikenali pula sebagai Initial Coin Offering (ICO). Jadi pelabur boleh baca white paper ini sebelum membeli LVC yang sudah mula ditawarkan di laman web rasmi mereka.

Saham – Prospektus dan IPO
Mata wang digital – White paper dan ICO

LSV dibuat untuk mengumpul USD1.5 bilion untuk tiga tujuan.
1. Pembangunan platform hiburan baharu – USD1 bilion
2. Pembangunan gateway bayaran baharu – USD100 milion
3. Pembangunan kompleks masjid – USD400 milion

Projek 1 dan 2 akan jalan dahulu bila dana cukup. Dah jana pendapatan baru buat projek ketiga sebab projek ketiga tidak bertujuan untuk keuntungan.

Okey, nampak tak aliran duit tu ke mana? Adakah anda akan melabur dalam LVC?

Sebarang jenis aset mempunyai nilai. Ada turun ada naik. Ia mempunyai pasaran. Macam ikan, ada pelbagai jenis ikan dijual dalam satu pasar.

DSV kata LVC akan digunakan dalam pasar sendiri dinamakan Lavida Pay. Pasaran digital ini membolehkan pemilik LVC membuat transaksi jual beli. Macam nak beli barang kosmetik guna duit LVC. Senang kata begini la, kita guna RM untuk jual beli barang di Malaysia. Jadi, guna LVC untuk jual beli barang di Lavida Pay.

Namun, dalam white paper LVC tak dinyatakan di mana LVC akan didagangkan. Jika saham didagangkan di Bursa Malysia, LVC pula didagangkan di mana?

Sebenarnya ada 29 pasaran mata wang digital yang berdaftar dengan BNM seperti Luno dan BXM.

Suruhanjaya Sekuriti pernah menghentikan satu ICO pada awal tahun ini melibatkan Copy Cash Coin. Adakah Lavida Coin akan menerima nasib yang sama?

Lihat sajalah beberapa hari lagi, pasti beredar pelan pelaburan melibatkan LVC. Sudah tentu ia menjanjikan pulangan ‘berlipat ganda’, ‘tiada risiko’, ‘harga akan naik’ dan sebagainya.

Biasa dengar kan janji manis sebegini. Biasa berlaku dengan skim cepat kaya yang akhirnya mengkayakan si kaya dan meleburkan wang ‘pelabur’.

Susah nak kata LVC ini sah atau tidak. BNM dan SC belum keluarkan kenyataan lagi. Jadi, berhati-hatilah. Jangan teruja sangat.

Ingat, DSV itu usahawan bidang kosmetik dan suplemen. Belum pernah ada rekod dalam bidang mata wang yang kompleks.

Cuma baca ICO. Kalau tak faham, jangan pandai-pandai buat faham sebab termakan janji-janji manis (palsu?).

Sebagai rekod, Bitcoin bapa segala cryptocurrency mengalami kejatuhan teruk. Mencecah nilai USD19 ribu pada Disember 2017, kini nilainya USD6 ribu.

Apa akan jadi pada LVC yang menggunakan tagline ‘Step Mother of Coin’.

Kita tunggu.

Ustaz Dr Zaharuddin juga pernah mengingatkan fungsi mata wang digital dan hukumnya.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *