Pelaburan,  Saham

Kenapa kerajaan PH tidak sepatutnya mengenakan cukai atas saham tersenarai di Bursa

Why PH Government should not tax investors of public listed shares.
by Koon Yew Yin

Nak bagi faham kenapa cukai untuk pemegang saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tak sepatutnya dicukai. Koon Yew Yin beri 9 sebab penting. Artikel dalam BI. Saya terjemah ke BM.

1. Sejak SC dan Bursa ditubuhkan, untung daripada pelaburan saham tak pernah dikenakan cukai.

2. Semua negara di Asia Tenggara termasuk Thailand, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong, Indonesia dan Malaysia tidak mengenakan cukai atas keuntungan pelaburan saham.

3. Sebab utama cukai tidak dikenakan adalah semua negara ini belum menjadi negara maju sepenuhnya. Jadi, apabila syarikat memerlukan modal tambahan mereka boleh menerbitkan lebih banyak saham untuk dijual kepada pelabur awam. Cukai keuntungan pelaburan saham akan mengurangkan minat pelabur.

4. Di bawah undang-undang percukaian sedia ada, syarikat perlu membayar cukai atas keuntungan mereka dan peningkatan nilai saham tidak dikenakan cukai.

5. Cukai atas peningkatan nilai saham semestinya akan mengurangkan minat pelabur tempatan dan asing daripada membeli saham syarikat yang disenaraikan. Kesannya, syarikat kita tidak akan mampu menambah modal bagi mengembangkan bisnes mereka.

6. Jika Malaysia melaksanakan cukai keuntungan modal atas pelaburan saham, pengurus dana asing tidak akan membeli saham melalui Bursa Malaysia. Mereka akan beli melalui Singapura yang tidak dikenakan cukai. Kesannya, broker di Malaysia akan kehilangan bisnes daripada pelaburan saham ini kepada pesaing di negara jiran.

7. Saya sangat percaya, Bursa akan mengalami kejatuhan teruk (crash) jika cukai yang tidak mesra pelabur ini dilaksanakan.

8. Anda mesti ingat. Kerajaan mengutip kebanyakan cukai daripada syarikat yang disenarai di Bursa untuk membayar imbuhan penjawat awam dan ahli politik.

9. KLCI terus jatuh dalam beberapa minggu ini daripada 1820 mata dan ditutup pada 1735 mata. Khususnya hari ini (11 Oktober), lebih 80% saham disenaraikan rugi. Saya fikir pelabur rasa takut dengan niat kerajaan untuk mengenakan cukai pada pelaburan saham. Ini menyebabkan pasaran saham Malaysia semakin menurun.

Boleh baca artikel penuh di sini:
http://koonyewyin.com/…/why-pakatan-harapan-government-sho…/

Nak tahu siapa Koon Yew Yin, sila google.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial