Buku,  Umum

Komunikasi Warna

Saya pertama kali mendengar tentang komunikasi warna semasa menghadiri sesi perkongsian buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan April 2019. Saudara Johan Irwan Kamarozaman menulis buku Komunikasi Warna yang diterbitkan pada Januari 2019.

Athur F. Carmazzi mengasaskan teori Colored Brain. Salah satu cara mengenali personaliti seseorang berdasarkan warna otak. Warna ini dikategorikan kepada empat iaitu Green Brain, Red Brain, Purple Brain dan Blue Brain.

Saya ambil nota di bawah daripada buku Komunikasi Warna. Mari kita lihat bagaimana setiap individu berikut berkomunikasi:

Green Brain

  • Bertanyakan soalan yang menjurus kepada soalan berikutnya seperti Kenapa? Bagaimana?
  • Bercakap bahasa yang mudah dan kadang kala lari-lari topiknya.
  • Kadar percakapan tidak menentu. Kadang kala laju, kadang kala perlahan.

Red Brain

  • Menggunakan fakta untuk menerangkan sesuatu.
  • Kurang memberikan reaksi emosi semasa berkomunikasi.
  • Percakapan lebih berstruktur.
  • Nada bahasa yang lebih rata.

Purple Brain

  • Bertutur dengan banyak perincian.
  • Banyak bertanyakan soalan untuk mengetahui lebih lanjut seperti Siapa? Apa? Bila? Bagaimana?
  • Ayat disusun seolah-olah dalam satu perenggan.
  • Percakapan dengan ayat yang lebih lengkap dan tersusun.

Blue Brain

  • Memberi ekspresi semasa berbicara, daripada segi mimik muka dan bahasa tubuh.
  • Menggunakan penceritaan untuk menyampaikan sesuatu.
  • Meluahkan perasaan dan beremosi, kadang kala tersentap.
  • Mengambil berat sekiranya mendengar permasalahan.

Kemungkinan besar saya dalam kategori Red Brain. Saya biasanya akan melihat fakta dahulu sebelum memberi respon, sehingga dikatakan kurang beremosi. Tapi, jangan risau saya biasanya boleh menjadi seorang pendengar yang baik.

Menurut Johan, jika kita dapat mengenali cara komunikasi seseorang maka mudah untuk kita menjalankan kerja atau kerjasama sama ada di tempat kerja atau sebagai rakan kongsi. Setiap orang mempunyai cara yang unik, tiada yang salah atau betul. Namun, dengan mengenal pasti ciri-ciri ini, ia dapat meningkatkan pencapaian dan produktiviti anda.

Berdasarkan penerangan ringkas di atas, apakah warna yang paling menepati cara berkomunikasi anda?

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial