Umum

Kurangkan perkara yang tidak penting dan fokus untuk ‘do less’

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sampaikan kita hilang fokus. Pagi ni saya baca satu artikel di medium oleh Feliks Eyser.

Beliau kongsi tip untuk ‘do less’. Tak perlu buat banyak benda dalam satu masa.

1. Kurangkan matlamat
Bagi start-up, tak perlu matlamat yang banyak. Senaraikan tiga, kemudian pilih dua untuk dilaksanakan atau diselesaikan. Tujuannya supaya fokus dan semua usaha ditumpukan pada dua objektif itu.

2. Tak perlu staf yang ramai
Apabila bisnes berkembang, selalu kita fikir perlu tambah pekerja. Cuba fikirkan cara supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sumber yang ada. Syarikat yang bagus mencapai hasil yang baik dengan bilangan pekerja yang tidak ramai tapi sangat bagus.

3. Tidak hasilkan banyak produk
Buat sedikit produk tapi fokus sehingga ia menjadi produk terbaik dan menembusi pasaran dengan bagus. Hanya buat produk baru jika anda sudah berjaya menembusi pasaran.

3. Kurangkan bilangan pelabur
Jika syarikat anda memerlukan pelabur, elakkan mengumpul ramai pelabur. Sebab anda perlu mengemas kini banyak pihak dan menyukarkan keputusan dibuat.

4. Jangan buat banyak mesyuarat
Semak jadual anda dan batalkan mesyuarat yang tidak perlu.

5. Katakan ‘Tidak’
Kita akan melihat banyak peluang atau peluang yang datang. Tapi tak semestinya ia selari dengan matlamat. Katakan ‘Tidak’. Supaya kita fokus semula kepada matlamat asal.

6. Kemas pejabat
Jika ada pejabat atau kerja dari rumah, kemas dan bersihkan barang yang tidak diperlukan.

7. Dapatkan pandangan orang lain
Orang lain yang dimaksudkan ialah orang yang boleh dipercayai seperti pelabur dalam bisnes anda, penasihat atau rakan. Supaya anda tak syok sendiri dan melihat dari perspektif lain.

8. Jadikan habit untuk ‘doing less’
Fokus pada beberapa perkara sahaja. Buat sampai siap.

Boleh baca artikel asal di sini.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial