Nota Haji,  Umum

Kursus Asas Haji 1441H/2020M Johor Bahru, Pasir Gudang & Kulai

Saya terima surat maklumat tentang kursus Haji bagi tahun 1441H/2020M. Walaupun bukan surat pemberitahuan jemputan Haji, maklumat ini sangat berguna. Saya boleh hadir kursus haji yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji di Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai.

Kursus asas haji ini diadakan di 8 lokasi bermula pada minggu ini sehingga awal bulan Mac 2020. Saya sertakan jadualnya di sini. Kursus ini terbuka kepada orang awam yang berminat mempelajari tentang Haji.

Jadual seperti berikut:

MASJIDTARIKHHARIMASA
Masjid Jamek Taman Perling,
JB
14/12/19 – 7/3/2020Sabtu8.15 pg – 11.15 pg
Masjid Jamek Tan Sri
Ainuddin Wahid,
Taman Universiti, Skudai
14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg
Masjid An Najah, Taman Daya
Johor Bahru
14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg
Masjid Jamek Kg Melayu,
Johor Bahru
14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg
Masjid Jamek Ijtihad
Perjiranan 9, Pasir Gudang
14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg
Masjid Ar-Rahman,
Taman Putri Kulai
14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg
Masjid Jamek Bandar
Baru Uda, Johor Bahru
11/12/19 – 7/3/2020 Rabu 8.15 mlm – 11.15 mlm
Masjid Muhajirin Masai 11/12/19 – 7/3/2020 Rabu 8.15 mlm – 11.15 mlm

Kursus diadakan setiap minggu pada hari Sabtu di enam lokasi masjid. Manakala dua lokasi kursus iaitu Masjid Jamek Bandar Baru Uda dan Masjid Muhajirin Masai diadakan pada hari Rabu, pukul 8.15 malam.

Orang awam boleh hadir sama ada pada hari Rabu atau Sabtu.

Jom hadir untuk mendalami ilmu tentang Haji dan ibadah Haji.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial