Blog

Mata

Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi. Peribahasa Melayu yang membawa maksud keinginan datang sesudah tiada kesempatan lagi. Cuba bayangkan.

Mata anggota yang istimewa sekali. Permulaan melihat dunia. Penuh tanda tanya. Entah warna apa yang pertama sekali tercerap ke dalam bebola kita. Beberapa bulan awal, hanya mampu melihat dalam jarak yang dekat. Semakin lama baru berkembang dan dapat memberi respon pula kepada orang di sekelilingnya.

Dari mata turun ke hati. Katanya. Wujud ungkapan jatuh cinta pandangan pertama. Ramai yang mengalaminya. Tapi cinta itu bisa membutakan bukan? Aduhai.

Berbalik pada peribahasa tadi. Agak menyedihkan jika tiada kesempatan lagi untuk menikmati keindahan dunia. Itu kan lumrah kehidupan manusia. Malah sudah diperingat. Muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Masa lapang dan sihat itu selalu disia-siakan.

Setiap hari buka mata apabila bangun pagi, ucap syukur. Masih lagi bernafas dan dapat melihat dunia. Mahu pun dunia semakin tua dan kucar-kacir. Selagi bernyawa, buatlah apa sahaja demi kebaikan. Aturan dunia yang sentiasa berputar ini satu hari akan terhenti. Cuma waktu itu, adakah kita masih bernafas lagi? Atau sama-sama bertempiaran lari?

p.s: Saya perlu ke kedai cermin mata untuk menempah lensa yang baharu.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBungaSahabatHadiahCertotHeroKertasLariSelendang, Kaya

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial