Blog

Matahari

Pagi ini kau muncul lagi
Seperti hari-hari sebelum ini
Sinarmu menjadi petanda
Bermulanya hari yang baru.

Adakah manusia bersyukur?
Atau menjalani hari-hari seperti biasa
Atau menjalani rutin-rutin yang selalu
Atau menjalani kesibukan tanpa memerhatikanmu.

Bayangkan suatu hari nanti
Engkau tidak muncul lagi
Seperti biasanya
Ketika itu manusia sudah bertempiaran lari
Tidak kenal diri.

Wahai matahari
Syukur pagi ini
Kau muncul lagi
Memberi sinar bahagia
Buat semesta dan isinya.

7 Julai 2019, Johor Bahru.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpi, Melancong

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial