Categories
Aktiviti Buku

Membaca Pengubat Jiwa

Membaca aktiviti peribadi yang selalunya tenang dan sunyi. Namun, membaca boleh jadi menyeronokkan, dan mampu mengubati jiwa yang sedang kesedihan atau buntu. Semuanya terpulang kepada kita dan bahan bacaan yang kita pilih.

Saya diperkenalkan kepada biblioterapi oleh Puan Rafidah Abd Aziz, presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia pada satu sesi seminar ringkas di UiTM. Biblioterapi ialah menggunakan buku dan bahan bacaan untuk proses pemulihan diri khususnya kepada individu yang menghadapi isu seperti penyakit kritikal, penyakit mental, masalah remaja dan kanak-kanak.

Biblioterapi boleh dijadikan terapi sokongan kepada rawatan utama seperti rawatan perubatan atau psikoterapi. Malahan melalui bahan bacaan terpilih, mungkin pesakit mampu pulih dengan membaca.

Saya berkongsi tentang pengalaman membaca dan buku yang diterbitkan Dua Penulis iaitu Projek Lavender – Kisah Kanser dan Projek Orkid: Masih Ada Yang Sayang dalam segmen tentang Biblioterapi Membuat Saya Bahagia anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia dan Persatuan Biblioterapi Malaysia. Program ini ialah segmen FB Live di bawah Kuala Lumpur World Book Capital 2020.

Boleh tonton semula siaran FB di sini.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *