Blog

Menang

Orang yang menang tempat pertama selalu menjadi perhatian. Sedang orang yang menang tempat kedua tidak kurang hebatnya. Banyak situasi menang dan kalah ini bergantung kepada penilaian sang juri.

Penilaian juri tidak sama dengan penilaian orang awam. Dalam anugerah melibatkan buku misalnya, karya yang memenangi tempat pertama tidak semestinya karya popular dalam kalangan orang awam. Malahan mungkin sedikit sahaja yang membacanya berbanding karya yang tidak memenangi sebarang anugerah.

Adakah menang itu petanda hebat? Kadang kala ya, banyak masa tidak. Ramai orang hebat tidak menonjolkan diri. Buat sahaja apa yang penting dan memberi manfaat kepada orang lain.

Si pemenang ada kalanya tenggelam dalam kemenangan dan kemegahan. Lupa pada realiti dan berlebih-lebihan dalam mengangkat kejayaan sendiri.

Bak kata Mary Bennet:

Rasa bangga dan bermegah-megah adalah satu kelemahan manusia yang biasa. Dari pembacaanku, ada dikatakan bahawa manusia memang cenderung kepada tabiat yang begitu.
Rasa bangga sering dikaitkan dengan pendapat kita terhadap diri sendiri; manakala rasa megah berkait rapat dengan rasa bangga itu pula, dihubungkan pula dengan apa yang kita mahukan orang lain fikirkan tentang kita

Lagak Wasangka, Jane Austen. (Terjemahan daripada novel Pride & Prejudice)

Kemenangan yang sebenar adalah apabila kita dapat mengawal diri dan nafsu daripada melakukan kejahatan atau membuat penghinaan kepada pihak yang lain.

Wang dan kekayaan yang berlebihan membuat diri sombong. Lihat sahaja jutawan kosmetik yang terkenal dengan perangai divanya itu. Setelah bersetuju menggantikan hadiah palsu kepada barang kemas asli, masih lagi melakukan penghinaan kepada pemenang yang berhak.

Jika kita lihat perangai manusia yang sebegini, sebaiknya kita tidak lagi memuji dirinya. Walaupun pencapaian besar yang sudah dia capai. Apalah ertinya kekayaan jika tidak mampu bersifat rendah diri malahan melemparkan hinaan demi hinaan kepada orang lain. Kasihan. Kerana anak-anak melihat kebobrokan sifat ibu yang berlebih-lebihan dan sombong ini.

#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.

Baca entri sebelum ini 
DoaNamaSuratHujanMimpiMelancongMatahariBukuVlogCoklatLautMalamHijauZaitunSederhanaNasiBungaSahabatHadiahCertotHeroKertasLariSelendangKayaMata, Budi

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial