Categories
Buku Gaya Hidup Vlog

Mengapa Saya Menjual Buku Kesayangan

November menjengah dan saya mula mengemas buku dalam simpanan untuk disusun di rak buku baharu. Tiga set rak buku jenama Billy yang dibeli dari IKEA sudah siap terpasang. Sudah tiba masanya untuk mengeluarkan buku-buku yang saya miliki dan mengasingkan tajuk yang mahu disimpan atau dijual sebagai buku preloved (buku kesayangan).

Saya mengasingkan tajuk buku mengikut kategori; novel atau fiksyen, buku agama, buku bisnes, buku motivasi, buku travel dan buku terbitan sendiri oleh Dua Penulis.

Terasa sayang mahu melepaskan buku-buku yang selama ini tersimpan elok di rak dan kotak. Namun, apabila saya fikirkan banyak buku yang saya sudah baca dan saya tidak akan baca lagi. Lebih baik saya serahkan kepada peminat buku yang mahu memilikinya.

Buku ialah salah satu kategori barang yang perlu dikemas dalam kaedah Konmari. Sememangnya terasa sukar juga memilih, namun untuk mula mengamalkan gaya hidup minimalis saya berlapang dada. Sudah tentu ada pembaca yang dapat memanfaatkan bahan bacaan yang pernah menjadi sumber ilmu. Begitu juga novel dalam pelbagai genre yang pernah mewarnai hari-hari saya yang kebosanan.

Saya mengambil gambar buku dan mengiklankan di Facebook dengan harga yang berpatutan. Tanpa disangka, ramai rakan yang berminat memiliki judul yang saya miliki. Saya menyimpan gambar-gambar buku di Instagram khas @rakbukunar sebagai rekod yang saya pernah memiliki buku-buku ini.

Antara judul kesayangan saya ialah set buku Khaled Hosseini, novel Sophie Kinsella dan saya masih ingat buku Everything I Never Told You by Celeste Ng. Sebuah lagi novel lucu yang saya sayang berjudul The Marriage Bureau of Rich People by Farahad Zama. Dua orang kenalan memiliki buku ini sekarang. Yang lebih menggembirakan apabila mereka suka dengan novel ini.

Jadi, tiada masalah bagi saya melepaskan buku-buku ini. Sebanyak 120 buah buku telah saya serahkan kepada pemilik baru. Ini juga satu keseronokan bagi saya.

Saya kongsikan mengapa saya menjual buku kesayangan dalam video Facebook Live ini.

Facebook Live pada 1 Disember 2020

Boleh ikuti saya di media sosial:
YouTube: Norsa’adah Ahmad
Facebook: Norsa’adah Ahmad
Facebook Page: Norsa’adah Ahmad
Laman web penerbit: Dua Penulis
Facebook Page: Dua Penulis

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *