Menjadi pengguna bijak dengan GST

1. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengutip GST sebelum 1 April 2014. Jika anda mendapati ada caj GST dalam resit daripada restoren atau pasaraya, sila rujuk ke kaunter khidmat pelanggan. Ada kemungkinan syarikat telah menggunakan perisian yang ada fungsi GST, tetapi mereka tidak dibenarkan mengenakan caj tersebut sekarang.

2. Cukai perkhidmatan di restoren pada masa ini ialah 6% iaitu kadar yang sama dengan GST pada tahun depan. Jangan keliru kerana caj ini bukan GST tetapi cukai perkhidmatan yang selama ini telah dikenakan kepada pelanggan seperti yang dikutip oleh restoren makanan segera.

3. Jika anda mendapati kedai perabot atau kedai elektrik dan pasaraya yang mengenakan GST, anda boleh membuat laporan kepada Jabatan Kastam.

4. Caj perkhidmatan sebanyak 10% yang biasanya dikutip oleh restoren adalah caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan untuk menggantikan ‘tipping’. Orang Malaysia tidak mengamalkan budaya memberi tip kepada pelayan restoren seperti di Amerika Syarikat.

5. Caj perkhidmatan sebanyak 10% ini mungkin terus diamalkan selepas GST dilaksanakan pada 1 April 2015.