Nota Khutbah

Menjaga hak-hak Allah dengan memelihara hak manusia

“Maka sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesusah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.” (Ali-Imran: 61)

Islam sebagai agama yang disyariatkan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Begitu juga Rasulullah SWT sebagai nabi akhir zaman. Allah mengajar Nabi Muhammad kaedah untuk berhujah dengan kaum musyrikin.

Dua kaedah tersebut ialah ‘mubahalah’ dan ‘mula’anah’:

Mubahalah

Pihak yang berbalah saling doa mendoakan untuk membersihkan diri antara mereka supaya diturunkan laknat ke atas salah seorang daripada mereka yang berhubung.

Rasulullah pernah menggunakan kaedah ini setelah turun ayat di atas. Ia berlaku pada tahun 9 Hijrah. Orang utusan Nasrani Najran di selatan semenanjung Arab yang terletak berhampiran Yaman datang ke Madinah untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.

Mereka ingin berhujah tentang Nabi Isa a.s. Walaupun baginda telah memberi penjelasan, mereka tetap berdegil. Kemudian nabi bermubahalah seperti yang diajarkan Allah. Tetapi mereka tidak berani berbuat demikian kerana takut pembohongan mereka terbongkar.

Dalam kes jenayah seperti pembunuhan, zina, liwat, qazaf, pemberontakan dan sebagainya, mubahalah tidak boleh digunakan. Ia bersabit dengan hak Allah. Dan jelas dibincangkan tentang hukum jenayah-jenayah ini dalam syariat Islam.

Undang-undang Islam menekankan keadilan dan memelihara hak manusia. Dalam Al-Quran disebutkan:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesunggugnya aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi. Mereka bertanya: Adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah? Pada hal kami sentiasa mensucikanmu. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 30)

Begitulah kemuliaan yang diberikan kepada manusia. Oleh itu, kita dituntut menjaga hak sesama manusia. Tidak berbunuh-bunuhan, berzina dan melakukan dosa menganiyai orang lain.

Antara hak manusia ialah menjaga hak beragama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda daripada kerosakan atau menjadi perosak kepada orang lain.

Dalam kes jenayah, kembali kepada perundangan Islam. Ini juga adalah sebahagian bukti taqwa kepada Allah SWT. Allah mengingatkan kita dalam ayat berikut:

“Dan mereka meminta kepadamu disegerakan kedatangan azab sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku contoh-contoh azab sebelum mereka. Dan sesungguhnya Tuhanmu amat melimpaah keampunannya bagi manusia terhadap kezaliman mereka dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabnya.” (Ar-Ra’d: 6)

(Sumber: Koleksi Khutbah Jumaat Nov 2014 MAIJ)

“Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Engkau ampunilah dosa Allahyarham Hj Ahmad@Abdul Rahman Bin Amzah yang pernah membacakan khutbah sepanjang usianya. Engkau berilah kelapangan kepadanya di alam barzakh. Engkau peliharalah keluarga yang ditinggalkan. Engkau berilah ganjaran dan perlindungan kepadanya sebagai mana luasnya ganjaran dan perlindungan untuk orang yang soleh. Amin.”

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial