Blog

Mimpi

Manusia mengalami mimpi setiap hari antara 3 hingga 6 kali setiap malam. Biasanya kita tidak sedar yang kita bermimpi. Kita berada pada tahap tidur yang nyenyak. Kebanyakan mimpi tidak dapat diingati dan apabila kita terjaga, seolah-olah tiada apa yang berlaku semasa kita tidur.

Namun, ada kalanya kita mengingati mimpi yang dialami. Ada yang masih diingati sehingga sekarang kerana mimpi itu sangat ‘intense’ seperti keadaan yang cemas atau menyedihkan atau satu hal yang menggembirakan, pelik dan lain-lain.

Kawan-kawan yang menyertai saya untuk cabaran 31 hari blogging dah berkongsi cerita mereka tentang mimpi. Boleh lihat di sebelah kanan blog dan lawati blog mereka ya. Menarik tau. Ada mimpi yang mencemaskan dan ada mimpi yang indah juga.

Saya pernah mimpi dengan ular semasa kecil dahulu. Entah apa maksudnya. Beberapa kali juga. Ada yang mengatakan ia petanda buruk. Lama-kelamaan mimpi itu tidak lagi berulang. Pernah saya terjaga dari tidur dalam keadaan kepenatan. Saya rasa saya bermimpi sesuatu yang menyebabkan saya berlari-lari, namun saya tak ingat butiran lain tentang mimpi itu. Pernah juga saya tidur di siang hari, kemudian mimpi yang bukan-bukan. Saya terbangun, kemudian menyesal kerana tidur selepas asar.

Saya membaca satu artikel bahasa Inggeris tentang mimpi. Saya berkongsi di sini beberapa maklumat yang menarik dan sedikit sebanyak memberi penjelasan tentang mimpi.

Fakta ringkas tentang mimpi

  • Manusia mungkin mengalami 3 hingga 6 kali mimpi setiap malam.
  • Setiap mimpi mungkin berlaku antara 5 hingga 20 minit.
  • Kira-kira 95 peratus mimpi dilupakan apabila bangun tidur.
  • Bermimpi boleh membantu anda untuk belajar dan mengingati memori jangka panjang.
  • Orang buta bermimpi lebih kerap dengan deria mereka berbanding orang dengan penglihatan biasa.

Mimpi buruk

Mimpi buruk menyebabkan orang yang bermimpi merasa terganggu dan reaksi biasa yang mereka alami ialah rasa takut dan risau. Ia boleh berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak. Antara puncanya:

  • Tekanan
  • Ketakutan
  • Trauma
  • Masalah emosi
  • Penyakit
  • Penggunaan ubat atau dadah

Watak dalam mimpi

  • Kajian ke atas 320 mimpi orang dewasa mendapati:
    • 40 peratus watak orang yang dikenali
    • 35 peratus watak dikenali mengikut peranannya seperti polis atau hubungan dengan orang yang bermimpi seperti kawan
    • 16 peratus watak tak dikenali

Tema mimpi

  • 55 tema dikenal pasti
    • sekolah, guru, belajar
    • bermimpi dikejar
    • pengalaman seksual
    • jatuh
    • datang lambat
    • orang yang hidup mati
    • orang yang mati hidup
    • terbang tinggi di udara
    • gagal peperiksaan
    • hampir jatuh
    • diserang
    • berbogel
    • makan makanan yang sedap
    • serangga atau labah-labah
    • dibunuh
    • gigi patah
    • diikat, tidak boleh bergerak
    • menjadi kanak-kanak
    • berjaya menyiapkan sesuatu
    • mempunyai pengetahuan atau keupayaan mental yang hebat
    • gagal mengawal kenderaan
    • kebakaran
    • haiwan buas
    • melihat wajah orang yang rapat dengan anda
    • ular
    • mempunyai kuasa ajaib
    • merasai kehadiran seseorang atau sesuatu dalam bilik
    • menjumpai wang
    • banjir atau ombak
    • membunuh seseorang
    • melihat diri sendiri mati
    • separa tidur dan tidak boleh bergerak di atas katil
    • orang berkelakuan jahat
    • menjadi individu jantina lain
    • diserkup dan tak boleh bernafas
    • menemui Tuhan
    • melihat objek terhempas
    • gempa bumi
    • nampak malaikat
    • menjadi makhluk separa manusia separa haiwan
    • berada dalam filem
    • melihat makhluk asing
    • menjadi haiwan
    • melihat UFO
    • orang menggugurkan bayi
    • menjadi objek

Siapa yang bermimpi?

  • Kanak-kanak perempuan lebih kerap bermimpi berbanding kanak-kanak lelaki.
  • Wanita yang mengandung sering bermimpi dengan keadaan mengandung, kelahiran anak dan fetus.
  • Penjaga pesakit sering bermimpi tentang orang yang dijaga.
  • Orang yang sedang berkabung atau baru kematian orang yang disayangi sering mengalami mimpi tentang orang yang mati.

Apakah mimpi yang pernah anda alami dan ingat sehingga sekarang?

Sumber artikel: Medical News Today

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial