Categories
Gaya Hidup Vlog

Minimalis Kurangkan Stres, Betul Ke?

Minimalis, gaya hidup yang semakin popular. Marie Kondo yang berasal dari Jepun menjadi ikutan di seluruh dunia selepas memperkenalkan teknik Konmari.

Konmari ialah cara mengasingkan barang mengikut kategori dan mula menyisihkan barang yang tidak lagi memberikan kegembiraan atau no longer spark any joy. Lima kategori barang ini ialah pakaian, buku, kertas, barang pelbagai dan barang sentimental atau kenangan.

Marie Kondo menulis The Life Changing Magic of Tidying Up yang menjadi buku bestseller antarabangsa. Sahabat saya, Dr Noor Hayati Yasmin mendapat inspirasi daripada gaya hidup minimalis dan membaca buku-buku tentang minimalis.

Beliau berjaya mengemas isi rumah semasa di Kota Kinabalu, Sabah. Apabila mendapat surat perpindahan ke Johor, beliau dapat menguruskan barang-barang dalam tempoh yang seminggu.

Selepas berjaya menggunakan teknik Konmari digabungkan dengan ilmu minimalis daripada penulis seperti Joshua Becker, beliau menulis buku Misi Menjadi Minimalis.

Dalam video ini, saya dan Dr Noor Hayati Yasmin membincangkan topik adakah minimalis dapat mengurangkan stres. Tiga aspek yang dibincangkan ialah aspek kewangan, ruang dan benda.

Sesi FB Live pada 28 November 2020 di Facebook Noor Hayati Yasmin
Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *