Penerbitan

Mudahnya mengurus kekayaan dalam Islam

Harta benda sebahagian daripada rezeki Allah kepada hamba-Nya. Islam memberi panduan untuk menguruskan harta benda dan kekayaan dengan berkesan. Orang Islam bertanggungjawab menguruskan kekayaan berpandukan syariah bermula dengan mencari sumber pendapatan yang halal, membelanjakan harta dan akhirnya mengagihkan harta kepada waris secara khusus atau masyarakat secara umum.

Buku Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam berkongsi dengan pembaca perkara-perkara utama dalam menguruskan kekayaan. Sesiapa jua yang memiliki wang, emas, hartanah, perniagaan dan lain-lain termasuk dalam kategori orang yang kaya walaupun pada tahap yang berbeza.

Islam sebagai cara hidup memberi panduan yang mudah untuk menguruskan kekayaan dan harta. Pelbagai penyelesaian praktikal berlandaskan syariah telah dihuraikan para ulama untuk mengatasi dilema kewangan peribadi anda.

Ketahui:

  • Apakah konsep harta dan kekayaan dalam Islam
  • Empat komponen penting dalam perancangan kewangan Islam
  • Strategi pengurusan kewangan patuh syariah
  • Produk kewangan Islam di pasaran dan perbandingan dengan produk konvensional
  • Apakah ciri-ciri riba, gharar dan maisir dalam kewangan
  • Bagaimana melaksanakan pengurusan kewangan patuh syariah
  • Bagaimana untuk memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan anda

Buku ini diterbitkan oleh Truewealth Sdn Bhd dan akan berada di pasaran tidak lama lagi. Anda boleh dapatkan buku ini di rangkaian kedai buku MPH atau secara online di www.bookplanet.com.my.

Selain itu, kami menerima pesanan melalui laman web ini. Klik borang ini untuk membuat pesanan. Berikut adalah tawaran istimewa untuk pesanan awal. Buku ini masih dapat proses percetakan dan dijadual siap cetak dalam bulan Ogos 2014.

  • Harga RM35 (Biasa: RM39.90) + Kos pos RM6 = RM41 sahaja.
  • Sila bank-in / deposit bayaran sebanyak RM41 ke akaun Maybank¬†151017064677 (Norsa’adah Bt Ahmad@Abdul Rahman).
  • Harga promosi ini sah sehingga 15 Ogos 2014. Buku akan dihantar selewat-lewatnya pada/sebelum 31 Ogos 2014.
  • Wang akan dikembalikan jika buku tidak dapat dihantar pada/sebelum 31 Ogos 2014.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *