Penulis

Salam perkenalan. Hai, saya Norsa’adah Ahmad. Serba ringkas tentang diri saya yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Latar belakang saya dalam bidang perakaunan dan pernah bertugas dalam industri minyak dan gas serta bidang kewangan. Kini saya mengusahakan Dua Penulis PLT, syarikat penerbitan bersama sahabat saya.

Saya sudah menulis 9 buah buku setakat ini. Judul buku saya adalah:

  • Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam (Kewangan)
  • GST untuk Bisnes (Cukai)
  • GST untuk Pengguna (Cukai)
  • Melbourne dan Sydney dalam Sepuluh Hari (Travelog)
  • Campervan Trip dari Queenstown ke Christchurch (Travelog)
  • Tokyo dan Osaka dalam Lapan Hari (Travelog)
  • Menulis Buku Pertama (Penulisan)
  • Projek Lavender (kumpulan kisah kanser)
  • Projek Lavender 2 (kumpulan kisah kanser)

9 perkara tentang diri saya:

  • Minat buku, melancong dan memasak.
  • Suka membaca buku atau menonton filem thriller, tapi bukan horror.
  • Sudah membaca 15 novel Tere Liye.
  • Sudah pergi ke 10 buah negara: Hong Kong, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapore, Australia, New Zealand, Sri Lanka, Jepun dan Taiwan.
  • Menulis topik kewangan dan kini sedang belajar tentang pelaburan saham.
  • Berpengalaman beli rumah pertama dan menjualnya.
  • Anak keenam daripada sembilan beradik.
  • Tidak suka menunggu, membebel dan marah.
  • Memilih gaya hidup ringkas.

Blog ini mengumpulkan catatan tentang perkara yang saya pelajari dan hal yang menarik daripada sudut pandang saya.

If you like what I write, read on. If you don’t, feel free to move on.

Hubungi saya melalui emel di arnorsaadah@gmail.com atau media sosial. Klik ikon di bahagian atas laman ini.

Norsa’adah Ahmad

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial