• Blog,  Penulisan

    Pencetus Idea Julai 2020

    Selamat datang Julai. Sudah masuk hari ke-7. Nampaknya saya terlewat menyediakan writing prompts atau pencetus idea. Boleh dikatakan bulan ini ialah ulangtahun #blogchallenge yang saya mulakan dengan 31 pencetus idea buat rakan blogger yang berminat menyertai. Saya terjumpa senarai pencetus idea yang menarik disediakan oleh ‘M’ dalam blog ini. Saya tukarkan ke bahasa Melayu. 31 Pencetus Idea Julai 2020 Halaman hati yang bersuara Metropolitan di awangan Magika rembulan yang berbalam Kembang sempurna Pedih tersingkir Naga di tab mandian Gerobok mewah Jika kita mampu… Cahaya fajar Sisa-sisa kesesalan Sang pembunuh tivi plasma Si larva yang memaksaku Panggil tukang paip; aku buntu Jangan katakan ia takdir Maaf, aku perlukan secangkir kopi Secarik…

  • Travel

    4 Hari 3 Malam di Pulau Tenggol, Terengganu

    Percutian yang dinantikan selepas berbulan-bulan tidak keluar dari daerah Johor Bahru. Situasi akibat pandemik semakin membaik dan kerajaan pun dah benarkan kita merentas negeri. Merentas negara belum lagi boleh. Sekarang ini Malaysia masih dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 31 Ogos 2020. Nampaknya ramai yang merasa lega dengan kelonggaran diberikan. Mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga dan rakan. Ya, bercuti. Itu yang saya lakukan minggu lalu. Saya bersama teman-teman ke Pulau Tenggol di Terengganu. Kumpulan kami seramai 6 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Saya memang belum pernah ke Pulau Tenggol. Seingat saya lebih sepuluh tahun dahulu saya ke Pulau Perhentian yang…

  • Umum

    What Will I Do Without You

    What will I do without you. Satu penyataan dan bukan persoalan. Rasa ditinggalkan menyebabkan kekecewaan dan seolah diri tidak disayangi lagi. Seolah hari-hari mendatang tiada lagi sinar harapan. Apatah lagi sekelumit cahaya kebahagiaan. Namun, jika ia satu persoalan: What will I do without you? Jawapannya: Banyak. Senang menyebut tapi sukar dibuat. Ia tak bermaksud mustahil. Perhubungan bersifat dinamik dan perasaan cinta boleh berubah. Cinta yang berputik boleh terus mekar dan membahagiakan. Sebaliknya juga, cinta boleh pudar dan tiada lagi rasa menyayangi. Yang tinggal mungkin simpati. Ia tidak bermaksud benci. Usah paksakan diri dan memaksakan perasaan cinta dan sayang pada yang lain. Kerana kelukaan akan menjadi lebih dalam. Takut nanti memakan…

  • Buku

    Rak Buku Ruang Tamu

    Apa ada dengan rak buku? Satu status di Facebook menyebabkan perbincangan hangat tentang rak buku di ruang tamu. Netizen memberikan pelbagai reaksi kepada hantaran asal. Ramai juga yang berkongsi rak buku di rumah masing-masing. Kenalan dan rakan FB menunjukkan sisi mereka yang berkaitan dengan buku dan rak buku. Menarik sekali. Saya dan rakan, Zalila Isa memulakan projek untuk mengumpulkan kisah menarik tentang buku dan rak buku. Mahukah menulis bersama kami? Baca lanjut di duapenulis.com . Terma dan syarat penyertaan boleh dilihat di sini. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 Jun 2020. Selamat menulis.

  • Umum

    Raya Cara Kita – Kekalkan Jarak Jauh Tapi Dekat Di Hati

    Aidilfitri serasa tak sempurna tanpa berkunjungan ke rumah jiran tetangga mahupun saudara-mara. Namun, itu yang perlu kita lakukan pada tahun ini. Sama seperti keluarga saya. Sebahagiannya berada di Lembah Klang dan kami berada di Johor Bahru. Menjadi kebiasaan bagi tahun-tahun yang lalu untuk kami berkumpul di Johor Bahru. Tapi tidak kali ini. Nasihat untuk tidak berziarah seperti selalu mesti dipatuhi bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Masih lagi menyediakan juadah raya. Tidak banyak seperti biasa. Secukupnya untuk tiga keluarga yang meraikan di Johor Bahru. Kami berkumpul di rumah kakak saya. Masak lauk raya yang selalu kami nikmati seperti ayam sambal, sambal goreng dan lemak kacang mata hitam (black-eyed peas) dengan petai.…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial