GST

GST untuk Perkhidmatan Pajak Gadai

Pajak gadai ialah perkhidmatan yang sah dan pemajak gadai (orang yang memajak barang kemas) boleh mendapatkan tunai mengikut syarat dan perjanjian dengan pemegang pajak gadai.
Pemegang pajak gadai seperti Ar-Rahnu memberi kemudahan tunai untuk suatu jangka masa seperti enam bulan.

Pemegang pajak gadai tidak akan mengenakan GST untuk tunai yang diberikan kepada pemajak gadai.
Contoh: Ar-Rahnu menilai barang kemas yang akan dipajak dan setelah ditolak fi simpanan dan perkhidmatan, tunai yang diserahkan ialah RM800.

Fi simpanan dan perkhidmatan ini yang dikenakan GST. GST tidak dikenakan ke atas jumlah pinjaman.
Sekiranya sampai tempoh untuk barang kemas dilelong dan tiada penebusan, maka pemegang pajak gadai boleh melelong barang kemas tersebut.

Lelongan barang kemas ini akan dikenakan GST kepada pembeli barang kemas itu kerana ia suatu bentuk pembekalan.

Jika ada lebihan daripada lelongan berbanding jumlah pinjaman, maka bakinya akan dipulangkan kepada pemajak gadai.

Serahan kepada pemajak gadai
= Hasil lelongan (nilai jualan + gst) – jumlah pinjaman – fi perkhidmatan (termasuk gst) – gst ke atas hasil lelongan.
= RM1,060 (RM1,000 + RM60) – RM800 – RM106 – RM60
= RM94

Kenyataan di dalam gambar sepatutnya begini:
“Pemajak yang menebus barang kemas SEMASA lelongan awam akan dikenakan GST KE ATAS NILAI LELONGAN. TIADA GST UNTUK PINJAMAN DAN FAEDAH.”

*Perkataan dengan huruf besar adalah untuk digantikan pada kenyataan dalam notis ini supaya tidak mengelirukan pengguna dan orang awam.

notis pajak gadai