GST

Pandangan ulama tentang GST

Apakah pandangan ulama tentang pelaksanaan GST?

GST ialah cukai kepenggunaan yang akan ditanggung oleh pengguna akhir. Apabila pengguna mendapatkan pembekalan bercukai, maka dia akan membayar cukai sebanyak 6 peratus.

Dalam sistem ekonomi orang Islam, Allah mensyariatkan Zakat sebagai rukun Islam ketiga. Hanya orang Islam yang layak iaitu hartanya telah mencukupi syarat haul (tempoh masa) dan nisab (nilai ambang atau threshold) wajib membayar Zakat.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam mempunyai tanggungan cukai dan juga Zakat. Boleh dikatakan Zakat ialah tanggungjawab ekonomi dan sosial kepada agama dan cukai ialah tanggungjawab ekonomi dan sosial kepada negara.

Oleh sebab itu, kerajaan memberi pelepasan khusus kepada umat Islam yang membayar Zakat. Zakat akan ditolak sebagai rebet dalam pengiraan cukai pendapatan yang kena dibayar.

Ulama dan panel akademik membuat kajian tentan pandangan Islam berkenaan pelaksanaan GST di Malaysia. Pada bulan April 2014, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman telah menulis di laman blognya tentang perkara ini.

Fatwa JAKIM 

JAKIM telah mengeluarkan fatwa tentang GST pada bulan Oktober tahun lalu. GST diharuskan untuk kemaslahatan rakyat. Kutipan cukai digunakan untuk pembangunan negara dan pentadbiran. Fatwa tersebut menyatakan dengan jelas panduan syarak iaitu:

  1. Kerajaan komited melaksanakan syariat Islam
  2. Kerajaan memerlukan sumber ewangan
  3. Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat
  4. Bebanan cukai dikutip secara adil
  5. Cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat
  6. Agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat

Ulasan Dr Zaharuddin

Ustaz memberi huraian kepada tiga pandangan oleh ulama fiqh iaitu:

  1. Haramnya cukai secara mutlaq
  2. Harus secara sementara
  3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara

Dalil dan pandangan mereka disebutkan dalam artikel itu. Ustaz membuat kesimpulan bahawa ia harus berdasarkan kaedah fiqh yang disebut “Menolak keburukan didahulukan dari membawa kebaikan (tambahan).”

Pemansuhan cukai kepenggunaan secara total boleh menyebabkan kedudukan fiskal atau kewangan negara menjadi lumpuh dan tidak dapat melaksanakan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan GST seharusnya diuruskan dengan lebih baik, telus dan tidak membebankan pengguna atau rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *