Blog

Perkara yang Saya Lakukan Bersama Kawan Baik

Lingkungan sahabat saya tidak besar. Tinggal pun bukan dekat. Tapi sesekali bertemu ada perkara yang kami lakukan bersama. Seperti orang lain juga. Makan. Travel.

Saya senang bertemu sahabat sambil makan-makan. Ah.. usah ditanya apa yang kami makan. Saya ingat lagi semasa saya bekerja di Shah Alam, saya selalu bertemu Haiza di Ikano Power Centre, Damansara.

Lepas balik kerja kami bertemu di sana. Kadang-kadang makan di Ikea atau makan di Sushi King. Pernah kami berjanji untuk berbuka puasa di Sushi King dan menikmati promosi Bonanza Sushi. Masa itu harganya RM2 sahaja.

Baru-baru ini saya makan di Restoran Astana dengan sahabat saya. Kami menikmati hidangan nasi plov dan menu yang berasal dari Uzbekistan.

Semasa hari lahir saya bulan lepas, saya dan Yan makan ayam goreng pedas di sebuah restoran Korea. Yummy…

Makan dengan sahabat anda satu perkara yang menyenangkan. Apabila saya melawat sahabat di Kota Kinabalu, pastilah diajak makan seafood Todak. Sudah lama tak ke Kota Kinabalu.

Selain makan, waktu travel dengan sahabat juga saat yang menyeronokkan. Kata orang jika nak kenal seorang tu macam mana, cuba pergi travel sama-sama. Barulah tahu sifatnya. Semasa travel kita akan rasa seronok, tapi ada masanya akan rasa letih, lapar, sesat dan bermacam lagi situasi tak terjangka.

Jadi sahabat yang baik pasti tidak akan menyusahkan kita. Banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan dengan sahabat baik kita. Misalnya pergi belajar kemahiran baharu bersama-sama. Dahulu saya selalu mendaftar kelas menulis bersama Yati Yasmin. Itulah masanya yang kami enjoy dan kemudian menulis buku.

Apakah perkara yang anda lakukan bersama sahabat baik anda?

Writing prompt Ogos 2019: Pakaian tradisional
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial