Blog

Perkara yang Saya Mahu Lakukan Tahun Ini

Saya tidak biasa bercakap di depan kamera. Dengan kepantasan teknologi yang memudahkan kita merakam video dan bercakap langsung di media sosial, saya rasa mahu mencubanya.

Apatah lagi saya lihat sahabat saya, Wani yang juga pengusaha shawl Sarah Camelia tampil yakin apabila bercakap secara langsung di FB. Saya fikir, saya patut memperkenalkan Dua Penulis menggunakan medium video pula. Saya tanya beberapa tip untuk bercakap di FB Live.

Antara panduan yang Wani kongsikan ialah:
– bercakap secara santai
– sediakan isi penting tentang perkara yang mahu dikongsi dengan rakan-rakan
– fikirkan permulaan dan kesimpulan video anda
– rekod di ruang yang terang dan latar menarik

Kemudian, saya berjaya membuat beberapa video FB dan muat naik di Facebook. Semasa travel ke Bali dan Taiwan saya berjaya merakam video bersama teman perjalanan saya.

Walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, saya semakin yakin bercakap di depan kamera. Pada awal tahun ini, saya belajar membuat video editing menggunakan smartphone dan cara menyusun konten di Youtube.

Selain belajar tentang video, saya memang mahu belajar fotografi. Saya ada kamera mirrorless dengan fungsi semi DSLR Canon EOS M10. Tapi entah bila saya boleh memaksimumkan penggunaannya untuk mengambil gambar yang cantik.

Saya kagum melihat gambar yang cantik-cantik diambil oleh traveler. Saya mahu belajar teknik yang betul. Saya memang agak lemah memahami hal teknikal. Tapi inilah cabarannya. Saya harap dalam tahun ini saya dapat belajar fotografi dengan guru fotografi seperti Zanariah Salam.

Salah seorang rakan blogger, Sharulnizam suka mengambil gambar. Saya mahu belajar mengambil gambar sepertinya.

Apakah yang anda mahu lakukan tahun ini?

Writing prompt Ogos 2019: Apa yang saya mahu lakukan tahun ini
Anda boleh baca entri saya yang lain di sini menggunakan pencetus idea yang diberikan. Saya memulakan cabaran ini pada bulan Julai 2019.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial