Categories
Buku

Politik Kandang, George Orwell

Politik Kandang

Politik Kandang by George Orwell

My rating: 4 of 5 stars


Novel ini versi bahasa Melayu yang diusahakan ITBM. Judul asalnya dalam bahasa Inggeris ialah The Animal Farm.

Kenapa politik kandang? Ia sebuah novel satira politik.

Major, babi tua yang hampir nak mati menyeru binatang di Ladang Manor kepunyaan Tuan Jones untuk memberontak. Tak lama selepas si babi tua memberikan ucapannya, dia pun mati.

Ada macam2 binatang di Ladang Manor. Kuda, keldai, anjing, ayam, itik dan lain-lain. Tapi babi dikatakan yang paling bijak dan paling pandai mengenal huruf dan membaca.

Selepas kejayaan menyingkirkan Tuan Jones daripada Ladang Manor, Napolean si babi menjadi pemimpin. Ada seekor lagi babi yang bijak, iaitu Snowball.

Napolean dan Snowball selalu bertekak. Sehingga satu ketika ada peristiwa yang menyebabkan Snowball lari dan difitnah. Jadi, Napolean menguasai tampuk kepimpinan Ladang Binatang.

Membaca Politik Kandang, saya terbayang watak2 ahli politik yang sepadan dengan perangai binatang dalam novel ini. Bijak la Orwell.

Dengan situasi politik tanah air, agak terserlah juga sikap ‘kebinatangan’ itu. Di akhir novel, Tujuh Rukun Binatang yang dipersetujui pada awal kejayaan pemberontakan, sudah tinggal Satu Rukun sahaja.

“Semua Binatang Setara Tetapi Sebahagian Binatang Lebih Setara Daripada Yang Lain.”

Keadaan binatang tidak pernah lebih baik berbanding sebelum penyingkiran Tuan Jones.

View all my reviews

Saya ada kongsikan tip penulisan George Orwell. Boleh baca di sini.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *