Cukai

Program Khas Pengakuan Sukarela LHDNM 2019 dan Cara Mendaftar Fail Cukai Perkongsian Liabiliti Terhad

Siang tadi saya ke LHDN untuk bertanya tentang program khas pengakuan sukarela. Program ini untuk menggalakkan pembayar cukai yang belum membuat taksiran bagi tahun taksiran 2017 dan sebelumnya untuk tampil dan menghantar borang cukai.

Kelebihan apabila buat pengakuan sukarela ini, pembayar cukai hanya dikenakan penalti maksimum 15% ikut tempoh pengakuan dibuat. Tarikh akhirnya ialah 30 September 2019. Selepas tu, mungkin boleh kena 100% penalti.

Lagi satu, taksiran yang dihantar akan diterima dengan suci hati oleh LHDNM (good faith). Semoga semua baik-baik sahaja. Ada rakan saya dah selesai beberapa bulan lepas. Cuma saya rasa ramai lagi yang belum berbuat demikian.

Bagi mereka yang dah ada fail cukai, boleh terus hantar taksiran ikut tahun yang tertinggal itu. (2017 dan sebelumnya)

Yang belum ada fail rujukan cukai, perlu daftar dahulu. Jadi, saya sertakan cara nak mendaftar fail cukai. Saya gunakan contoh PLT – Perkongsian Liabiliti Terhad. Bagi kategori lain, mungkin paparannya agak berbeza. Sila rujuk laman web LHDNM.

Slide yang saya buat ini hanya PANDUAN sahaja. Sila rujuk pegawai LHDN yang bertugas. Jika ada kawan-kawan yang bertugas di LHDN nak tambah atau betulkan maklumat yang saya letak di sini, sangat dialu-alukan.

Disclaimer: Saya bukan staf LHDNM. Hanya seorang warga negara yang nak menyumbang kepada pendapatan negara supaya hutang negara berkurangan.

Saya ambil sedikit maklumat daripada laman web hasil, FAQ dan garis panduan.

Pengakuan sukarela dilanjutkan, baca di sini.
Garis panduan di sini. Boleh baca FAQ di sini.

Berikut maklumat penting tentang Program Khas Pengakuan Sukarelawan (PKPS):

1 – Apa itu Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS)?

2 – Siapa pembayar cukai yang boleh menyertai?

Jika belum berdaftar, boleh lihat cara mendaftar yang saya kongsikan di bawah.

3. Tempoh dan penalti.

3. Apakah faedah menyertai PKPS?

4. Tahun taksiran.

Bagi yang belum mendaftar fail rujukan cukai dan tidak pernah menghantar taksiran, saya sediakan cara mendaftar menggunakan contoh PLT seperti di bawah:

Untuk jenis pembayar cukai lain, mungkin paparan adalah berbeza.

1 – Pergi ke edaftar di laman web hasil.

Klik PLT. 
Perhatikan kotak yang saya highlight.
PENTING.

Baca langkah permohonan.
1. Lengkapkan borang pendaftaran online.
2. Muat naik perakuan SSM (sijil SSM) – format .jpg
3. Muat naik maklumat perniagaan (SSM) – format .pdf
4. Semak status selepas 3 hari bekerja.

Pautan: http://edaftar.hasil.gov.my/

2 – Isikan borang dengan betul dan lengkap.

3 – Semak. Jika dah lengkap semua ruang yang diperlukan, tekan SETUJU.

4 – Anda akan melihat paparan ini.

Ini bermaksud permohonan sudah dihantar. Tapi belum lengkap.

Perlu muat naik dokumen:
1. Sijil SSM format .jpg
2. Maklumat perniagaan format .pdf

Tengok anak panah.

5 – Klik ‘muatnaik di sini’.

Cara muat naik sijil SSM format .jpg
Jika fail yang anda ada tu format .pdf usahakan la tukar jadi .jpg
Jangan tanya saya macam mana.

Namakan fail ikut format yang ditetapkan.
– alphanumeric (huruf besar, huruf kecil dan nombor)
– semua huruf dan nombor rapat
– lihat contoh : Abcplt2019500

Muat naik fail A (sijil SSM) dahulu.

6 – Klik Borang Maklumbalas Pelanggan.

Saya tertinggal langkah ini. Selepas 3 hari terima e-mel kerana belum muat naik fail B (maklumat perniagaan). Buang masa di situ. Jadi klik Borang Maklumbalas Pelanggan.

7 – Anda sampai di halaman ini. Klik Application.

8 – Muat naik di sini.

Muat naik dokumen di sini. Tekan butang Next dan ikut langkah yang diberikan. Selepas 3 hari bekerja, boleh semak di sini untuk status permohonan PLT.

Harap ia dapat membantu kawan-kawan. Maklumat dalam artikel ini saya sediakan pada 27 Jun 2019. Sila semak di laman web LHDNM untuk sebarang perubahan. Sekiranya ada saya akan kemas kini dalam artikel akan datang.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial