Umum

Rebut Bonus 70 kali ganda

Dua hari sebelum Aidilfitri, saya pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Johor di Jalan Abu Bakar. Pejabat ini terletak bersebelahan Masjid Sultan Abu Bakar yang sudah berusia lebih 100 tahun.

Ada lebih 10 orang menunggu sebelum nombor giliran saya dipanggil. Mereka semua ingin membayar zakat. Kebanyakannya untuk zakat pendapatan, simpanan dan lain-lain. Zakat fitrah boleh juga dibayar di sini.

Tahun ini saya mewakilkan bapa. Biasanya beliau akan pergi sendiri. Tapi kesihatan tidak mengizinkan. Jadi saya pergi membawa amanahnya.

Zakat ini rukun yang wajib. Bila cukup setahun, kadar zakat untuk wang simpanan atau pendapatan ialah 2.5% jika dikira berdasarkan bulan Hijrah.

Sekiranya anda membayar zakat mengikut mengikut tahun Masihi, contohnya setiap akhir tahun (Disember), gunakan kadar 2.58%.

Ganjaran menunaikan perkara yang fardhu di bulan Ramadhan berganda sebanyak 70 kali berbanding di bulan-bulan yang lain.

Gunakan keistimewaan ini. Sudah terlepas tahun ini?

Rancang untuk tahun hadapan.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial