Scam di mana-mana

Azizi Ali banyak menyebut tentang scam atau skim cepat kaya. Berpuluh tahun dulu, skim Pak Man Telo menular dengan hebatnya, daripada mulut ke mulut. Ramai sudah menjadi mangsa.

Di era internet dan sosial media, lagi mudah hendak menyebarkan skim ini kepada lebih ramai orang. Namun, kita semakin bijak. Tetapi masih ramai juga yang terjebak.

Bagaimana mengenalpasti sesebuah skim itu adalah scam atau penipuan?

1) Promoter beriya memujuk anda menyertai skim itu kerana anda tidak perlu buat apa-apa. Bagi duit saja, anda akan dapat duit tiap-tiap bulan, atau pulangan sebegini dan sebagainya. Ada tak perkara dalam dunia ini tak perlu buat apa-apa, kemudian boleh senang lenang?

2) Promoter menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal. Melebihi modal anda dan macam-macam lagi yang dijanjikan. Warren Buffet dikatakan meletakkan kadar pulangan sebanyak 15 peratus setahun untuk pelaburan yang bagus. Bukan 15 peratus sebulan.

3) Berhati-hati dengan skim yang putar belit. Maksudnya anda tidak faham bagaimana skim itu dilaksanakan. Promoter dengan lincahnya menerangkan kepada anda struktur skim, kemudian anda langsung tidak dapat bertanya soalan. Walaupun anda tidak faham apa yang diterangkan.

4) Wujud unsur riba apabila promoter menjanjikan pulangan tetap ke atas modal anda.

5) Mengutip atau mengumpulkan duit orang awam tanpa lesen atau kebenaran daripada Bank Negara Malaysia. BNM ada mengeluarkan senarai syarikat yang disyaki terlibat dalam pengutipan wang secara tidak sah. Anda boleh rujuk di laman web BNM.

Tuan Izwan Robotys ada menulis tentang tiga sikap untuk mengelakkan skim cepat kaya iaitu tidak terdesak, tidak tamak dan tidak ambil mudah bab kiraan. Sikap ini akan mengelakkan anda daripada ditipu dan rugi serta wang anda hangus. Ya, wang yang anda kumpul dengan susah payah sama ada makan gaji atau berniaga akan hilang sekelip mata.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *