Selamat datang 2019

Menjelang tahun baru, menyedarkan saya masa tidak pernah menunggu kita. Bagaimana anda? Sudah tentu banyak perkara yang anda mahu lakukan sepanjang tahun ini. Saya harap anda puas hati dengan pencapaian masing-masing.

Tahun 2018 juga menyaksikan perubahan yang berlaku pada kerajaan kita. Saya tak berminat menyentuh hal politik. Malah sebelum ini jarang sekali membaca berita politik. Namun, akhir-akhir ini pentas politik Malaysia menyerlahkan sisi buruk.

Ekonomi dunia semakin mencabar. Bagi orang awam, kita akan melalui fasa survival. Hakikatnya, ia mula berlaku. Kita lebih berhati-hati berbelanja. Kadang kala pendapatan isi rumah juga cukup-cukup makan. Namun, putus asa tidak sekali.

Perdana Menteri kita mengatakan orang miskin itu patut menyalahkan diri sendiri kerana malas. Malang sekali, satu pernyataan yang menyakitkan hati.

Golongan miskin tidak sepatutnya disisih dan dihina sebegini. Walau apa pun bangsanya. Jadi, sempena tahun baru ini, mari kita santuni golongan yang kurang bernasib baik. Lakukan sesuatu dalam kemampuan kita sama ada daripada tenaga, masa mahu pun wang ringgit.

Sebagai warga Malaysia, saya mengharapkan suasana yang lebih harmoni supaya kita hidup dengan tenang dan aman.

Bagi saya, tahun 2019 saya menggunakan saranan penulis The Subtle Art of Not Giving A F***, Mark Manson. Mulakan dengan ACTION. Kemudian, INSPIRATION. Baru hasil MOTIVATION.

Small actions will lead to big achievement.

Selamat tahun baru.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *